Sekolah sudah mula bercuti, dan cuaca semakin panas! Di kiri kanan jalan dihiasi dengan tawa kanak-kanak yang riang mengejar loceng motor si penjual aiskrim. Kepada ibubapa, nanti dulu! Anda tidak lagi perlu menghabiskan wang untuk membeli aiskrim yang mahal-mahal tersebut, malahan tidak berkhasiat pula. Sebaliknya, jom cuba resepi yang murah, boleh dibuat di rumah ini sebagai satu cara memenuhi masa lapang anak-anak, malah menggalakkan mereka memakan buah-buahan berkhasiat.
Resepi ini adalah satu projek menarik untuk kanak-kanak, dan juga untuk anda! Anda dapat mengasah kreativiti masing2 (atau anak2 anda) untuk menghias serta mencorakkan aiskrim masing-masing. Siapa yang tidak gemarkan aiskrim ketika cuaca panas terik, kan? (^_^)v
Bahan-bahan dan Peralatan
- 3 biji pisang yang tidak terlalu masak
- 150 gram cokelat separa manis
- 150 gram cokelat putih
- 3tsp shortening (vegetable fat)
- Sprinkles warna-warni
- Sprinkles cokelat
- 6 batang kayu aiskrim
- Kertas minyak (parchment paper)
- Measuring spoons
- 2 mangkuk kecil
- 2 sudu
- Cutting board
*Resipi untuk 6 batang aiskrim.
Cara-cara
Langkah 1 - Kupas kulit pisang, dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik, dan letakkannya di dalam freezer peti sejuk sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.
Langkah 2 - Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan cokelat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga cokelat tersebut telah benar2 cair. Ulangi untuk cokelat putih.
Langkah 3 - Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan cokelat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga cokelat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.
Langkah 5 - Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan cokelat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah2 di atas untuk baki pisang yang ada.
Setelah semua pisang telah siap disaluti cokelat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!
0 comments:
Post a Comment