Unbelievable? Mustahil? Tutorial ini adalah resipi ringkas untuk membuat aiskrim yang sedap, hanya dengan satu bahan!
Aiskrim ini memang sangat menjadi - kaya dengan rasa, berkrim dan lembut! Malah, lebih baik kerana ianya tanpa lemak, tanpa susu (sesuai untuk orang yang milk intolerance), tanpa gula, tanpa sebarang perisa buatan! Ianya sangat baik untuk kesihatan!
Dan yang paling best, ia hanya perlukan satu bahan sahaja untuk membuatnya. Cuba teka apa bahan tersebut (tanpa tengok list di bawah, hehe).
Sesetengah anda mungkin skeptik dan membangkang - "aiskrim hape mcm ni!" Namun saya mencabar anda untuk mencuba resepi ini! Anda akan dapati ia akan menjadi EXACTLY seperti aiskrim biasa!
BAHAN
- Pisang!
(Gambar: Kiri - Pisang yang digunakan. Kanan - Pisang yang telah dibekukan)
Seterusnya, langkah kedua adalah dengan blender pisang yang telah beku ini. Firstly pastikan anda menggunakan blender berkuasa tinggi, yang mempunyai capability untuk "ice crush". Jika tidak, maka kemungkinan blender anda menjadi rosak atau mata blender anda menjadi tumpul!
Jangan panik! Potong pisang2 beku anda kepada beberapa ketulan kecil terlebih dahulu. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam blender, ketika anda sedang memblender. Teruskan sehingga pisang2 tersebut hancur menjadi ketulan2 kecil dan cair, namun jangan berhenti terlebih dahulu! Teruskan memblender untuk 3-4 minit lagi, dan anda akan mendapati pisang2 anda magically berubah menjadi pekat, berkrim, berkilat!
Akhirnya, siap! Anda boleh cuba menambahkan madu, cokelat cair, maple syrup, peanut butter, perasa atau apa2 sahaja untuk menambahkan rasanya. Hias juga dengan ceri, serbuk cokelat dan lain2. Aiskrim pisang anda telah sedia untuk dimakan!
Ps: Anda boleh mencuba menggunakan buah-buahan lain pula (mangga, strawberry, rambutan? durian?). Mana tahu jadi aiskrim juga! Selamat mencuba!
Pesan Editor : Saya masih belum berpeluang nak cuba, so kalau ade member2 yang dah try boleh post di komen hasil @ gambarnya!
(ais boleh diblander dgn buah freash...if takut buah jadi tak elok bila dimasukkan didalam freezer)
0 comments:
Post a Comment