CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Saturday, May 8, 2010

asal usul api....

Asal-usul api di dunia ini

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan asalnya
kejadian api di dunia ini..

Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan, maka Allah s.w.t telah memerintahkan Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril a.s pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah..


"Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s."


"Sebanyak mana sedikit itu?"


"Sebesar kurma..."


"Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya."


"Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma..."


"Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.."


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s pun menghadap Allah untk mendapatkan jumlah yg perlu dihantar ke dunia. Allah s.w.t pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk dibawa ke dunia. Maka Jibril a.s pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

WA


Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

2 comments:

moneyloopholes said...

boleh tak tuan beritahu sumber hadis tentang riwayat ini?

terima kasih.

ibunoor said...

Salam ziarah...salam kenal...

Teruskan menulis...silalah ke blog saya yang tak seberapa ini.