CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Monday, May 17, 2010

cerita kubur....


Terkena Api Di Kuburan

Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

(Ali Imran, 180)


Nikmat Ahli Kubur

Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”

0 comments: