CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, March 5, 2010

muhasabah diri sesaat...sebentar...hanya sekelip mata....bacalah...

ALLAH menjelaskan mengenai suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa didalam surah al-A`la, ayat 17 hingga 19,

" kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. sesungguhnya ia benar-benar terdapat didalam suhuf-suhuf yang awal iaitu suhuf Ibrahim dan Musa "


sahabat Nabi Muhammad bernama AbuZar pernah bertanya mengenai isi-isi yang terdapat didalam suhuf Nabi Ibrahim dan beliau menjawab, (antara isinya adalah)
"wahai raja yang berkuasa yang diuji lagi tertipu. sesugguhnya aku (ALLAH) tidak mengutus kamu
supaya kamu menghimpun harta dunia sebahagian diatas sebahagian yang lain. sebaliknya aku mengutusmu supaya tertolaklah permohonan orang yang dianaiya daripadaku kerana sesungguhnya Aku tidak menolak permintaan orang yang dizalimi sekalipun daripada golongan yang kafir. bagi seseorang yang berakal yang waras pemikirannya, hendaklah dia membahagikan masa kepada beberapa waktu :

1. sesaat bagi bermunajat kepada Tuhannya
2. sesaat bagi memuhasabah dirinya
3. sesaat bagi bertakafur tentang penciptaan ALLAH
4. sesaat bagi mencari keprluan makan dan minumnya


seseorang hendaklah jangan memberikan tumpuan melainkan kepada 3 pekara ini :

1. bekalan akhirat
2. bekalan kehidupan didunia
3. bersuka-suka kepada pekara yang tidAK diharamkan

seseorang yang berakal hendaklah peka dengan suasana zamannya, berhati-hati dalam tindakkannya serta menjaga lidahnya.
mereka yang mengutamakan amalan dari percakapan, tidak berkata-kata melainkan dalam pekara yang perlu"
(hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim)



dalam hadis yang sama, Abu Zar seterusnya bertanya kepada Nabi Muhammad mengenaai isi-isi yang terdapat didalam suhuf Nabi Musa dan beliau berkata , "ia dipenuhi ibarat dan perumpamaan. (antaranya adalah)

* aku hairan dengan orang yang menyakini mati tetapi masih bersenang hati.

* aku hairan dengan orang yang percaya neraka tetapi masih tertawa.

* aku hairan dengan orang yang percaya qadar tetapi masih belum puas

* aku hairan dengan orang yag melihat keserabutan dunia teapi masi berjinak-jinak dengannya.

* aku juga hairan dengan orang yang menyakini hisab tetapi masih malas beramal"




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



0 comments: