Kanser Serviks (Pangkal Rahim)
Kanser Serviks (Pangkal Rahim) adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
Bagaimana Kanser Serviks Terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Faktor-faktor
• Mempunyai pasangan berbilang
• Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
• Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
• Kurang daya tahan imun
• Merokok
Tanda-tanda
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
* Pendarahan semasa bersama
* Pendarahan ditengah bulan
* Pendarahan selepas menopos
* Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
* Sakit semasa seks
Cara Mencegah
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
* Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
* Elakkan hubungan seks pada usia muda
* Tidak merokok
* Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
* Suntikan Vaksin
0 comments:
Post a Comment