Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah pada hari ini saya telah dapatkan sebanyak-banyak maklumat tentang "BAHAYA KANSER PYUDARA DAN KANSER SERVIKS" dan mungkin akan ada penambahan maklumat di bawah jika saya mendapat maklumat yang baru.
TAHUKAH ANDA???
KANSER PAYUDARA ADALAH PEMBUNUH NOMBOR SATU DI MALAYSIA
KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) ADALAH PEMBUNUH NOMBOR DUA DI MALAYSIA!
Izinkan saya menutur kata, mula berbicara tentang
__________________Alhamdullilah pada hari ini saya telah dapatkan sebanyak-banyak maklumat tentang "BAHAYA KANSER PYUDARA DAN KANSER SERVIKS" dan mungkin akan ada penambahan maklumat di bawah jika saya mendapat maklumat yang baru.
TAHUKAH ANDA???
KANSER PAYUDARA ADALAH PEMBUNUH NOMBOR SATU DI MALAYSIA
KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) ADALAH PEMBUNUH NOMBOR DUA DI MALAYSIA!
Izinkan saya menutur kata, mula berbicara tentang
"BAHAYA KANSER PAYUDARA DAN KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM)"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
dalam tisu-tisu payudara.
Ada dua bentuk:
1. Invasif - sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya.
2. Tidak Invasif - sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan (tumor jenis barah)yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.
Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Cara Merebak
•Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui
saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
• Diianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm, ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.
Faktor - faktor
Risiko Tinggi
• 30 tahun ke atas
• Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak atau adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
• Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif.
• Wanita yang berasal dari Amerika Utara atau Eropah Utara.
Risiko Sederhana
• Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser.
• Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
•Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen kerana terdedah kepada aras estrogen yang tinggi.
•Pengambilan alkohol.
Tanda-tanda
•Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.
•Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak
•Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.
•Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.
Fakta Kanser Payudara
•1:5 wanita di Malaysia berisiko Kanser Payudara
•45,000 wanita di Malaysia menghidap Kanser Payudara
•Kanser Payudara terjadi tidak semestinya diakibatkan oleh keturunan di mana 85% penghidap Kanser Payudara tidak mempunyai rekod Kanser Payudara di kalangan ahli keluarganya!
•Kebiasaannya Kanser Payudara lebih kerap dalam kalangan wanita China diikuti India dan Melayu

0 comments:
Post a Comment