GaDiSkU yAnG cAcAt
Gadisku buta orangnya,
Buta melihat kerosakan dunia,
Buta melihat para jejaka selain muhrimnya,
Buta mmbaca majalah dan media rendah moralnya,
Buta hatinya buat apa saja yang memusnahkan dia.
Gadisku pekak telinganya,
Pekak mendengar hasutan dunia,
Pekak mendengar kejian,
Pekak mendengar tipu daya orang sekitarnya,
Pekak mendengar segala yang tiada faedah,
Gadisku bodoh orangnya,
Bodoh dalam perlakuan sumbang,
Bodoh dalam perbuatan keji,
Bodoh dalam perbuatan mungkar,
Bodoh atas segala yang dilarang.
Gadisku bisu mulutnya,
Bisu membicarakan keburukan manusia,
Bisu mengungkap kelemahan orang yang disayangi,
Bisu mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah,
Bisu berdebat selain ada kebenarannya.
Gadisku kudung tangannya,
Kudung kerana tidak pernah menyentuh melainkan yang halal,
Kudung menulis kata-kata merosakkan,
Kudung membuat perbuatan derhaka,
Kudung atas apa saja yang sia-sia.
Gadisku tempang kakinya,
Tempang untuk pergi ke pusat hiburan,
Tempang untuk melakukan maksiat,
Tempang untuk bersiar-siar selain bersama aku,
Tempang untuk menurut manusia durjana.
Duhai pembaca,
Sudahkah melihat bicara?
Gadisku banyak kecacatannya,
Namun…. Ku masih sayang padanya… buat selamanya,
Gadisku setia padaku sahaja,
Memang… ku hargai akan kecacatan yang ada,
Kerana ianya buat ku bahagia… Sentiasa..
diambil dari kalifah allah...
posting bultine myspc...
Sunday, June 21, 2009
gadisku cacat..... wahai lelaki ....adakah ini gadismu?
Posted by mj ustad at 9:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment