Ibu selalu berpesan
Jaga maruah diri dan peribadi
Jaga tutur kata dan kesopanan diri
Jaga batasan perempuan dan lelaki…
Ayah pula berpesan
Letakkan agama di taraf tertinggi
Jadikan iman pendinding diri
Jadikan solat pendekat dengan Tuhan
Jadikan Al-Quran bacaan kelaziman
Jadikan Zikrullah hiburan harian
Jadikan Sunnah Nabi titik panduan
Jadikan ilmu pembentuk diri
Jadikan taqwa penyuci hati…
Walau kita … tidak sekuat iman Sumayyah
Walau kita … tidak semantap iman Bilal bin Rabah
Walau kita … tidak semulia jiwa Siti Khadijah
Walau kita … tidak seteguh pegangan Amir bin Fuhairah
Walau kita … tidak setulus hati Mashitah
Walau kita … tidak sesuci nurani Aishah
Namun, kita tetap umat Muhammad
Kita tetap punya
Agama dan pegangan yang sama…
Namun, apabila usia menganjak dewasa
Tatkala ibu dan ayah sudah pergi meninggalkan kita
Tatkala kita mengenal betapa indahnya dunia
Tatkala kita mengetahui betapa dunia ini umpama syurga
Tatkala kita mengerti akan corat-coret kehidupan fana’
Tatkala kita memahami hakikat dosa juga pahala…
Kita mulai lupa pada siapa harus kita sujud
Kita mulai alpa pada siapa harus kita tawaduk
Kita mulai leka pada siapa yang harus kita tunduk
Yang kita ingat …
Hidup ini hanya sekali
Patut dipenuhi tawa riang ria
Patut dinikmati segala rahmat yang Tuhan kurnia
Patut bersuka ria sepanjang zaman remaja
Di mana anggota tubuh masih kuat dan tega
Di mana semangat masih menyala-nyala
Di mana tenaga persis kuda perang perkasa…
Namun kita lupa …
Betapa singkatnya hidup kita
Betapa ringkasnya ibadah kita
Betapa sedikitnya amalan kita
Betapa tipisnya iman kita
Yang bisa goyah sekali dicecah…
Ingatlah…
Dalam meniti arus ranjau dunia
Dalam meniti zaman penuh pancaroba
Dalam meniti kehidupan seribu satu warna
Dalam meniti indahnya usia remaja
Namun…
Jangan sekali-kali kita alpa
Jangan sekali-kali kita leka
Kerana..
Sekali kita hanyut
Sejuta kekesalan bakal menggayut
Tidak terfikirkah kita…
Tidak takutkah kita…
Akan jelingan maut Izrail itu
Akan pusara yang kelam dan kaku
Akan Titian Sirad yang mengundang resah dan pilu
Akan ..:NAMESPACE PREFIX = ST1 />Padang Mahsyar
Tempat kita menghimpun waktu nan lalu
Akan Mizan…
Timbangan yang tidak akan sekali-kali menipu
Akan Syurga dan Neraka
Destinasi penentu segalanya
Akan diri kita yang dipalit noda juga dosa
Akan amal bakti kita
Yang hanya boleh dihitung dengan jari sahaja
Akan maut yang bakal menjemput
Tak kira waktu dan ketika…
Ketahuilah…
Tiba masa maut menjemput
Fikiran diselubungi penuh rasa takut
Namun, itu janji Allah yang Satu
Siapa bertaqwa dengan Tuhannya
syurgalah layaknya…
siapa yang leka dengan dunianya
Nerakalah jawabnya…
Dialah yang berkuasa dalam menghitung
Dialah pencipta Yang Maha Agung…
Sebelum usia menjangkau tua
Sebelum maut menjelang tiba
Insaflah dari Syurga Duniawi yang kita cipta
Insaflah dari tipu daya Iblis Durjana
Sedarlah dari nikmat yang kita reka
Sedarlah dari fantasi yang membutakan mata
Sedarlah dari ilusi yang menghitamkan jiwa…
Tiba masa dekatkan diri pada-Nya
Tiba masa sucikan hati dan jiwa
Selagi pintu taubat masih dibuka
Selagi amalan masih diterima
Selagi usia masih bersisa
Selagi mata belum tertutup buat selamanya…
diambil dari posting bultine mypsc...
khalifah ALLAH.............
Sunday, June 21, 2009
pesanan mereka
Posted by mj ustad at 10:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment