AWALUDDIN MAGHRIFATULLAH…part 1
*ORANG BERAKAL*
-Meninggalkan takbur,kemarahan dan kemuliaan dunia.
-Suka melakukan ibadat dan kebaikan dan benci melakukan kejahatan.
-Amat kasih kepada Orang berilmu(ALIM) dan sayang kepada kaum kerabat.
-Membalas jasa orang lain ke atas dirinya.
-Segera membayar hutang.
-Enggan memakan benda haram.
-Mahu terkena dan tidak mahu mengena.
-Amat benci pada Orang yang suka membesar diri dan bersikap egO.
*Ini kerana Orang yang berakal itu dapat menilik sesuatu pekerjaan yang memberi manfaat di dunia dan di akhirat.Maka sempurnalah Orang yang berakal itu di dunia dan di akhirat,walaupun Orang itu tidak tahu membaca kitab sekalipun..
*Sekurang-kurangnya akal manusia ialah meninggalkan kemuliaan dunia,,jikalau tidak,tidaklah dinamakan Orang itu berakal kerana berfikir perkara2 yang pasti binasa (dunia) daripada berfikir perkara2 yang kekal (akhirat)..
-syeikh sanusi-
*BERAKAL (waras/tidak gila) adalah salah satu syarat wajib sembahyang..
>Sabda Rasulullah “Orang gila ialah Orang yang menyembah Allah,yang dia sendiri tidak tahu dimana ALLAH yang dia sembah”..
>tahukah kita dimana ALLAH??,Adakah sabda baginda ini ditujukan kepada kita??,Adakah sah sembahyang yang dilakukan Oleh Orang yang tidak berakal/gila??
Adakah kita hanya waras dari luaran tetapi sebenarnya gila kerana tidak mengenal ALLAH??
*Bagaimana pula dengan syarat wajib sembahyang yang lain? sudahkah kita penuhi:-
=>ISLAM- menjunjung yang disuruh,mencegah yang dilarang ALLAH…(menjunjung TAUHID,mencegah SYIRIK)..
>13tahun Rasulullah dakwah TAUHID untuk menyuruh umatnya mengESAkan ALLAH,kemudian baru diperintahkan sembahyang..
>kedatangan 25 rasul semuanya mengajak kita menyembah Tuhan yang sebenar dan jangan menyekutukan(mensyirikkan) ALLAH..
>Sabda nabi “Awalluddin maghrifatullah (awal2 agama mengenal ALLAH)”..
Sabdanya lagi “sedikit beramal dengan mengenal ALLAH,terlebih manfaat.. banyak beramal tidak mengenal ALLAH,tiada manfaat”..
>Ini menunjukkan betapa pentingnya mengenal ALLAH sebelum beramal..
=> SUCI DARI NAJIS-Suci Dari Syirik (syirik jali dan syirik khafi)..
>syirik adalah dOsa yang tidak diampun,Orang yang mensyirikkan ALLAH akan kekal di dalam neraka.Firman ALLAH “sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dOsa syirik dan DIA mengampuni segala dOsa besar lain bagi sesiapa yang dikehendakinya..Barang siapa yang menyekutukan (mensyirikkan) ALLAH,maka dia telah membuat dOsa besar”.
>syirik jali ialah syirik yang terang/nyata yang bOleh dilihat seperti menyembah tOkOng(berhala),bulan dan matahari…
>syirik khafi ialah syirik yang tersembunyi (halus) yang kita tidak tahu kita terkena syirik melainkan kita belajar,,jika tidak belajar,kita sentiasa dalam keadaan syirik.
cOntOh syirik khafi seperti:-
-ALLAH yang kita sembah,yang kita puji,yang disanjung,DIA tempat kita meminta pertOlOngan..tetapi kita tidak meletakkanNYA ditempat yang sepatutnya..
-tidak tahu dimana ALLAH.
-tidak dapat membezakan antara ALLAH dengan makhluk
-apa apa yang terlintas difikiran selain dari ALLAH..
*Malah di dalam sembahyang,HARAM mengingati selain daripada ALLAH walaupun dalam 1 saat.
Firman ALLAH..”Dirikan sembahyang untuk mengingati-KU”..
Tetapi jikalau kita tidak mengenal ALLAH,bOlehkah kita mengingati-NYA!!??
Sebagai cOntOh anda tidak mengenali ibu saya,bOlehkah anda mengingati ibu saya!!??
Otak yang waras mesti berkata ‘tidak bOleh’..
Jadi,apabila kita tidak mengenal kita tidak bOleh ingat..Oleh itu siapakah yang kita sembah semasa sembahyang!!??bukankah itu perbuatan syirik khafi??
diambil dari pesan friendster...
ditulis oleh muhammad_islam
0 comments:
Post a Comment