CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, December 7, 2010

couple??????????????

syarifah fatimah.....
‘Couple’ menurut Zulqarnain al-Faqir ilallah


PERHATIAN : DIsebabkan keadaan dijemaah semakin serius kearah pembangunan yang sudah digembar gemburkan sekian lama yakni membangunkan generasi masa depan ke arah kesempurnaan syariat Islam, maka saya merasa amat terpanggil untuk menyiapkan suatu bentuk pengulasan tersendiri tentang hal yang berkait dengan permasalahan semasa dipersekitaran dan terutama didalam lingkungan ahli jemaah iaitu ‘PANDANGAN ISLAM TENTANG BER’COUPLE’, SEJAUH MANA UMAT ISLAM MENANGGAPINYA DAN MEMAHAMINYA?’. Disebab pembangunan yang kita cita-citakan ini bukanlah mudah dan memerlukan ketelitian serta penjagaan yang betul sejak dari awal, maka saya merasa perlu untuk melontarkan keterangan ini yang amat berhubung dengan akidah, amalan dan akhlak seseorang Muslim yang kita pertahankan selama ini disamping hal ini sangat berperanan dalam menentukan nilai pembangunan kita. Semoga mereka yang memahami perkataan saya ini dapat membantu saya memperjuangkan kebenaran ini atas nama Allah SWT yang kita taati sepanjang waktu. Semua ulasan dibawah telah saya perkemaskan.

MUKADIMMAH

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang benar), karena (membela) orang-orang yang khianat,”(4/105)

“Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (4/115

Dua ayat yang saya petik diatas adalah pedoman yang cukup berkesan dan ringkas buat mereka yang suka menghargai nilai keimanannya. Kehidupan dunia hari ini sepatutnya telah mampu memberi banyak pengalaman kepada kita (orang Islam). Beragam fitnah kehidupan yang melanda hari ini dimerata-rata tempat sudah sepatutnya dapat dijadikan sebahagian unsur kesedaran kepada kita bahawa betapa pentingnya hidayah Allah SWT untuk dicapai dan dipelihara. Hidup apabila berjauhan dari hidayah Allah SWT memungkinkan timbulnya banyak kerosakan demi kerosakan yang sukar dibendung dan diatasi lagi. Bukti perkara ini tidak perlu saya huraikan dengan panjang kerana saya yakin dakwaan saya sudah disokong dengan realiti persekitaran manusia pada hari ini.
Salah satu fitnah besar dan masalah yang telah dipandang menjadi ‘kebiasaan’ (konservatisme) dan menjadi sebahagian isi kandungan hidup manusia hari ini yang padahalnya salah menurut timbangan syara’ adalah amalan ‘bercouple’, terutama dikalangan umat Islam. Di dalam pandangan Islam tidak pernah wujud penghalalan bagi umatnya terlibat dengan aktiviti ‘bercouple-couple’ itu seperti yang difahami dan diamalkan oleh orang-orang barat. Malangnya fenomena ini telah menjadi amalan budaya, amalan kebiasaan dan kadang-kadang dipandang seolah-olah hampir diterima sebagai doktrin Islam (pembenaran syariat) sehingga terlihatlah hari ini kefahaman tersebut berjaya menyerap masuk ke dalam sebahagian besar pemikiran umat Islam sampai sukar untuk diperbetulkan lagi.
Sebahagian besar umat Islam pula ada yang cuba-cuba mencari alasan-alasan yang mantap dan berkualiti bagi menafikan pengharamannya dengan siap diusahakannya pula supaya hujah-hujahnya dapat bersandarkan nas-nas dari sumber al-Quran dan al-Hadis. Seolah-olah mereka mencari suatu kekuatan hujah atas kepentingan hawa nafsu semata-mata. Mereka tidak ikhlas ketika berdalil sehingga terlihat benarnya perkataan Allah SWT didalam al-Quran berlaku dihadapan mata. Firman Allah SWT :
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.” (45/7-9)
Didalam ayat diatas Allah menyebutkan sikap orang-orang yang berdusta itu diantaranya adalah mereka bermain-main dengan ayat-ayat suci al-Quran dengan tujuan menyesatkan dirinya sendiri dan diri orang lain. Atau lebih tepat lagi mereka hanya mendengar, menyebut atau membahaskan sesuatu dari ayat-ayat Allah adalah kerana atas tujuan yang tertentu sahaja. (tidak bersungguh-sungguh menerimanya/sekadar dijadikan kepentingan tertentu). Kita mohon perlindungan kepada Allah agar diselamatkan kita dari sikap demikian.
MENGAPA BER’COUPLE’ DALAM ISLAM ITU HARAM?
Diruangan ini saya ingin mengemukakan beberapa sebab yang saya anggap sebagai alasan yang relevan yang boleh dijadikan hujah dalam menentukan mengapa amalan bercouple dikalangan umat Islam adalah haram.
1. AL-QURAN MEMBERI PANDUAN DAN AMARAN
“..dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (2/195)
“..Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.” (5/64)
Daripada ayat diatas maka saya ingin menegaskan bahawa Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang menceburkan dirinya kedalam mengerjakan kerosakan yang pada akhirnya akan membinasakan diri mereka sendiri. Menyentuh soal kerosakan maka ia dapat dilihat dalam konteks yang cukup luas. Kerosakan-kerosakan yang dimaksudkan boleh dilihat dari peringkat-peringkat kejadian dan natijah tempat masing-masing. Contohnya bila berlakunya banyak penzinaan disesuatu tempat (salah satu kerosakan yang besar), maka ia dianggap Allah sebagai kerosakan yang membawa kebinasaan. Kerosakan itu boleh dikesan, dilihat, dikaji dan dibincang dari peringkat-peringkat tertentu yakni dari sudut punca, cabang-cabangnya dan sehinggalah ke kemuncak hasil akhirnya. Maka disanalah wujudnya jalan-jalan kerosakan dan kebinasaan yang telah dikerjakan tangan manusia itu sendiri yang boleh dibahaskan.
Hari ini banyaknya berlaku gejala-gejala kerosakan yang membawa kebinasaan seperti penzinaan, pelacuran, sumbang mahram, buang bayi, dan sebagainya. Semua ini duduk dalam satu ruang punca yang sama yakni akibat mengabaikan peraturan-peraturan Allah SWT yang sebenarnya amat sesuai dalam mendidik manusia untuk menjadi makhluk yang sejahtera.
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar/syariat Islam).” (30/41)

Sebagai misalnya, jika kita hendak mengaitkan punca gejala pembuangan bayi yang semakin meningkat dari hari ke hari ditanah air kita kini (diluar lebih dahsyat), nescaya kita akan dapat melihat jalan-jalan yang saling berkait dari peringkat-peringkat pengembangannya berlaku sehinggalah menatijahkan fenomena pembuangan bayi yang sudah sukar dikawal hari ini.






Diatas adalah salah satu dari contoh peringkat-peringkat kerosakan yang boleh dilihat dari sesuatu permasalahannya dan diatas tadi saya ada menyebutkan masalah gejala pembuangan bayi yang sedang berlaku dinegara kita ini. Melalui gambarajah kronologi diatas maka kita dapat mengesan diantara punca dan diperingkat mana bermulanya gejala pembuangan bayi di Malaysia kini. Menurut saya ia boleh dilihat diperingkat ke-6 dan 7. Dari peringkat-peringkat tersebut (6&7) sebenarnya boleh dikupas dan dikaitkan dengan berbagai lagi punca-punca kecil kepada sebab timbulnya masalah-masalah lain seperti jenayah dan sebagainya. Tetapi disini saya cenderung untuk memperlihatkan dan membahas punca gejala pembuangan bayi di Malaysia kini berpandukan gambarajah kronologi diperingkat 6 dan 7. Mudah-mudahan kita mendapat pencerahan dan penghayatannya.

Kebinasaan yang perlu dielakkan umat Islam umumnya dan orang-orang beriman khususnya yang boleh dilihat melalui ayat suciNya diatas (2/195) adalah bermaksud menjauhkan diri dari asbab-asbab atau jalan-jalan kepada sesuatu kehancuran (kerosakan/kebinasaan) itu. Segala jalan-jalan yang boleh menyumbang kepada berlakunya sesuatu masalah (kehancuran/kerosakan) perlu ditutup dari awal dengan segala daya dan upaya agar umat manusia dapat merasakan kesan kesejahteraan yang diusahakan umat Islam terlebih dahulu.

Hari ini di Malaysia, bukankah pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan itu telah menjadi tidak terkawal sama ada melalui hukum syara’ yang terlihat dicelah-celah komuniti dan perbahasan mahupun melalui hukum taghut (konvensional/British laws) yang diguna pakai pihak kerajaan Malaysia dalam mentadbir? Dengan berlakunya pergaulan bebaslah, maka berlakulah pula seks bebas, pelacuran, dan pelbagai lagi masalah-masalah lain. Apabila pergaulan bebas tidak dibendung dengan berkesan, maka apakah hairannya bila berlaku seks bebas (zina) dan pembuangan bayi? Jika kita bersetuju dengan pendapat saya bahawa hari ini seumpama segala usaha yang diketengahkan pihak-pihak tertentu semacam tidak berkesan atau kurang berkesan dalam membasmi masalah pembuangan bayi ini, maka apakah penyelesaian terbaiknya?

Sebenarnya budaya pergaulan bebas yang diketengahkan kepada masyarakat kita hari ini terlaksana kerana wujudnya pihak-pihak tertentu yang memiliki agenda-agenda untuk kekal menguasai (memanipulasi) negara supaya dapat selari dengan agenda besar penguasa dunia hari ini. Wujudnya mereka bersama-sama gagasan yang sudah lama mereka lakar yakni sejak zaman penjajahan tanah Melayu lagi dan hari ini gagasan dan kuasa tersebut terus diusahakan oleh pewaris-pewaris mereka. Diantara langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk mencapai hasrat agenda-agenda tersembunyi mereka, mereka akan berusaha mencorak dan menjadikan masyarakat Malaysia terbentuk mengikut kefahaman yang jauh dari nilai-nilai pelajaran dan amalan Islam (liberalisme, kapitalisme, materialisme, sekularisme, dan sebagainya). Mereka berusaha menyerapkan kefahaman-kefahaman yang bersalahan dengan nilai-nilai ugama Islam kepada masyarakat sejak sekian lama agar manusia (terutama umat Islam) hidup dalam perpecahan dan hilang kekuatannya serta kualitinya. Sejak zaman datuk nenek kita perkara ini telah diusahakan mereka , dan kemuncak usaha mereka itu diharap sampai ke peringkat masyarakat yang terkemudian sehingga berjaya membentuk suatu komuniti yang 100% mengikut kehendak acuan mereka dan bukan kehendak Allah SWT. ‘Mereka’ (komuniti) itulah kita…..

Pendedahan ini bagi memperlihatkan kita bagaimana amalan mereka dalam menjadikan kita masyarakat yang akan akur kepada kehendak-kehendak mereka dan mengabdikan diri dan segenap kehidupan kepada peraturan-peraturan hidup yang direka-reka mereka itu. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan masyarakat sesebuah negara hidup secara bebas (liberal) dan bertuhankan hawa nafsu? Pembentukan diperingkat pendidikan amat memain peranan dalam menjayakan agenda-agenda itu. Maka mereka mendekati (campur tangan/memanipulasi) sektor-sektor pendidikan dengan mewujudkan institusi-institusi diperingkat rendah sehinggalah ke peringkat tertinggi. Mereka menguasai keseluruhan sektor-sektor tersebut dan kemudian diamanahkan kepada pemimpin-pemimpin boneka mereka yang wajib mentaati kehendak-kehendak mereka tanpa bantahan. Segalanya bermula disana. Menguasai bidang pendidikan bermakna mereka sudah menguasai bidang pemerintahan dan pihak kerajaan. Menguasai kerajaan bererti menguasai segalanya.

Disektor-sektor pendidikan rendah (asas), kita dan anak-anak kita telah diajar berbagai perkara yang sememangnya cenderung kepada kemahuan penjajah-penjajah ini (taghut). Kita dan anak-anak diajar cara pergaulan yang menepati hawa nafsu (pergaulan bebas) dan penerapan itu seterusnya kekal diperingkat menengah (pertengahan) seterusnya kita lihat ianya berlaku diperingkat tertinggi (diperingkat ini ia kelihatan lebih santai dan biasa). Pendek kata dimana-mana sahaja sektor pendidikan yang kita pergi, pasti itulah persekitarannya. Seterusnya pratikal ini (pergaulan bebas) menjadi amalan hidup seharian kita dan anak-anak sehingga terlihat dimata sebagai suatu ‘kebiasaan’ (tabiat) yang tidak perlu dihairankan lagi. Pelajar-pelajar yang duduk disetiap peringkat itu mereka juga adalah rakyat sesebuah negara, dan apabila mereka keluar bergabung untuk menjadi sesebuah masyarakat (mengadakan aktiviti sosial) maka mereka akan terbentuk dari apa yang telah diterapkan kepada mereka sejak sekian lama disektor-sektor pendidikan dulu. Malang sekali apa yang saya gambarkan ini bukan semata-mata teori, tetapi adalah sebuah realiti yang kita sama-sama boleh saksikan. Rakyat Malaysia dalam bahaya…!

Berbalik kita kepada perbincangan masalah pembuangan bayi. Diatas saya sudah berusaha untuk meringkaskan punca-punca yang menyumbang kepada permasalahan itu sendiri. Pergaulan bebas yang telah diterapkan sejak sekian lama kepada kita adalah salah satu penyebab mengapa masyarakat Malaysia (termasuk umat Islam) senang melakukan seks bebas (zina). Ditambah dengan hukum (undang-undang) yang sedia ada (konvensional) tidak mampu mengerunkan rakyatnya bila melakukan sesuatu kerosakan, maka jangkaan penurunan kepada sesuatu masalah yang dihadapi tidak terlihat bahkan semakin meningkat. Masalah seks bebas (zina) adalah berpunca dari pergaulan bebas yang tidak terkawal dengan sistem yang berkesan. Dari pergaulan bebas itulah timbunya kecenderungan untuk berkasih sayang yang diatas namakannya dengan istilah ‘couple’. Seolah-olah ia merupakan prasarana yang diwujudkan untuk mereka saling dapat merembeskan kasih sayang yang timbul. Apabila mereka menjadi couple segala hak milik adalah bersama termasuklah kehormatan diri. Segalanya tiba-tiba menjadi halal sehingga ke perkara lintasan khayalan yang berlalu dihati pun dianggapnya tiada memudaratkan apa-apa bagi dirinya. Apabila amalan bercouple itu telah menjadi tabiat disisi masyarakat termasuk umat Islam maka berlakulah fenomena pembuangan bayi yang berterusan sehingga kini bahkan sedang meningkat dari hari ke hari. Lebih malang lagi pelaku-pelaku kepada tabiat yang hina ini adalah kebanyakannya dari umat Islam sendiri (umat Islam penyumbang kebinasaan?). Kita hanyut dengan kelazatan dunia.. Saya tegaskan sekali lagi, punca yang terkait bagi masalah pembuangan bayi kini adalah berpunca dari pergaulan bebas yang tidak dikawal dengan garisan-garisan yang jelas dan benar (syariat Islam)..! Daripada pergaulan bebas yang terbentuk mereka menuju pula kepada amalan bercouple seperti yang diamalkan orang-orang bukan Islam. Bukankah itu kebinasaan dan kerosakkan?

Dengan penjelasan itulah saya membawa satu kefahaman kepada kita semua kini, bahawa itulah diantara sebab kuat mengapa kita perlu menjauhi amalan bercouple kerana ia adalah jalan yang boleh membawa kita terjerumus dalam kebinasaan dan kerosakkan demi kerosakkan. Hari ini ada sahaja sebahagian umat Islam yang melontar pendapat dengan mengatakan ber’couple’ itu tidak haram atau berusaha mengasingkan hakikat praktikal ‘bercoupling’ mereka dengan amalan ‘bercoupling’ orang lain. Mereka mengatakan seperti “Tidak boleh dikatakan semua cara ber’couple’ itu haram, kerana mungkin ada orang yang ber’couple’ mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.” Jika begitu bagaimanakah caranya ber’couple’ menurut syariat? Bolehkah ia dibentangkan dengan jelas dan disebarkan untuk amalan umat Islam sehingga keperingkat global? Jika tidak boleh maka adakah syariat Islam bersifat sempit dan tidak komprehensif? Bahkan ada yang mengatakan suatu alasan yang agak logik seperti “Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.”

Menurut saya persoalan-persoalan seperti itu masih boleh dibahas dengan cermat dan praktikal. Namun saya mahu mengajak kita menghayati dahulu penjelasan yang telah saya kemukakan diatas dengan kefahaman bahawa “pergaulan yang bebas telah membawa diri kita (umat Islam) kelembah kebinasaan dan kerosakan.” Ia ditambah pula dengan jumlah bilangan umat Islam yang semakin jahil dengan tuntutan sebenar ugamanya. Berapa ramai umat Islam yang diluar sana yang masih jahil dengan ugamanya? Meningkat atau menurun umat Islam yang jahil pada ugamanya. Bagaimanakah lagi fenomena yang akan terjadi jika mereka yang penuh kerapuhan pada kefahaman ugamanya itu memahami ber’couple’ itu diperbolehkan menurut Islam? Apakah kita tidak bimbang dengan nasib masa depan anak-anak kita dan masa depan negara ini? Sebab pemikiran Islam perlu tidak sekadar menyelesaikan masalah disesuatu sudut sahaja tetapi perlu lebih komprehensif. Apakah kita tidak lebih bimbangkan nasib kita diakhirat kelak diatas apa yang kita bangunkan (asaskan/perjuangkan)? bukankah Nabi SAW ada bersabda :

"Barangsiapa yg mengasaskan jalan yg baik dalam islam, maka dia memperolehi pahala dari pekerjaannya itu dan ditambah pahala apabila ada yang orang yang mengikutinya,tanpa dikurangkan pahala mereka masing-masing. Barangsiapa yang mengasaskan jalan yang buruk dalam Islam, maka dia mendapat dosa dari pekerjaannya, dan ditambahkan dengan dosa apabila ada orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan sedikit pun dosa masing-masing." (HR Musim)

Semakin hari semakin banyak kerosakkan yang berlaku didepan mata yang dilakukan umat Islam (apatah lagi orang bukan Islam). Pedih hati ini tidak dapat diterjemahkan lagi melainkan kita merujuk keinsafan dan kelemahan diri dengan kembali kepada Allah SWT dan mengambil Islam secara kaffah. Jihad Islam perlu diketengahkan semula dan dijadikan orientasi kehidupan dalam mencapai kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Ber’couple’ menurut pandangan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana terlalu banyak faktor-faktor yang boleh menjerumuskan umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya ke arah kebinasaan dan kerosakkan. Hampir tidak terjumpa menurut saya pendapat ilmuan-ilmuan Islam dan ulama’ulama’ soleh yang membenarkan amalan ber’couple’ ini. Jika ada pun pendapat-pendapat yang menafikan pengharamannya, maka itu adalah pendapat-pendapat terpencil dari orang-orang awam yang mungkin tidak bersetuju atas tujuan-tujuan yang tertentu (hawa nafsu) sedangkan disisi mereka tiada dalil yang mampu memperkuatkannya. Ingatlah Allah SWT berfirman :

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”(31/6)

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,”(22/8)

Oleh itu saya menegaskan bahawa ber’couple’ itu adalah haram menurut sisi pandangan Islam kerana diantara sebabnya adalah banyak menyumbang keburukan dari kebaikan ke dalam masyarakat Islam sendiri dan masyarakat negara sedangkan Islam masih disalah faham oleh sebahagian manusia pada hari ini. Mahukah kita berjuang memperbetulkan salah faham ini dan kembali kepada corak pergaulan yang lebih menepati syariat?

Suatu hal lagi yang boleh kita sama-sama fikirkan, jika kelak kita mempunyai anak-anak, apakah kita membenarkan mereka juga mengamalkan budaya ber’couple’ (bebas seperti kita kini), mungkinkah keadaan anak-anak bangsa kelak lebih baik dari hari ini atau lebih buruk? Jika kita bersetuju untuk membenarkan amalan ber’couple’ hari ini maka kita mesti mempertahankannya kelak dihari tua apabila melihat anak-anak dan generasi yang mungkin lebih galak meng’couple’kan diri mereka dan membuat maksiat..! Semoga Allah melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini dan memberi kita jalan keluar yang lebih luas setelah kita kembali bertakwa dan membersih hati kepada Allah SWT.

(Petikan dibawah ini diambil dari beberapa buah artikel yang dipaparkan diblog-blog.)
“Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber’dating’, ber’shoping’ dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat ‘membonceng’ dan juga berduaan menaiki kereta. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil ‘darling’, ‘sayang’, abang dan sebagainya kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam sesuatu pertemuan (dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar (keadaan seperti sudah bersuami isteri/siap bergaduh-gaduh) dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.”
“Apabila pasangan yang bercouple ber’dating’, maka peribadi seorang muslimah (tambahan jika dia seorang yang memperjuangkan Islam) akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini (tanpa muhram/ibu bapa paling utama) atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki atau ‘diper-apekan’. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita (apatah lagi seorang pejuang Islam). Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.”
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan bercouple terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM”

“..dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (2/195)

2. AL-HADITH DAN PARA ULAMA’ MEMBERI SENTUHAN DAN JALAN KESELAMATAN.

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai (fitnah/cubaan) dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Firman Allah SWT :

“Dijadikan indah pada (pandangan/syahwat) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu (dari) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup (ujian-ujian) di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga).” (Ali Imran: 14).

Didalam hadis yang lain, dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Berdasarkan hadis-hadis dan ayat suci al-Quran diatas maka nampaklah kita kini bahawa persoalan keberadaan manusia dari jenis kaum hawa dibumi ini bukan isu remeh dan patut dipandang mudah. Ia perlu difahami dengan baik agar kita tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang tertipu. Sejarah menyaksikan bahawa kaum wanita adalah diantara pengaruh terbesar dalam menentukan gelombang kehidupan manusia dari masa ke semasa. Berapa banyak manusia yang meninggalkan ugamanya yang betul (Islam ugama fitrah) dan Tuhannya yang sebenar (Allah SWT) kerana kecenderungan mereka kepada kaum Hawa ini sehingga melahirkan gelombang yang berbagai seperti peperangan, pergaduhan, pembunuhan, perpecahan, dan seumpamanya. Kenyataan yang saya tampilkan ini bukan bertujuan mahu menjatuhkan kedudukan kaum Hawa dan tidak pula bermaksud cuba menimbulkan pandangan yang buruk kepada mereka tetapi bertujuan menampakkan kita bahawa betapa besar peranan dan bahayanya ‘penangan’ kaum hawa ini jika tidak dikawal dengan berkesan dari segala aspek.

Sudah tentu apa yang saya gambarkan diatas tidak bermaksud mempersalahkan kaum Hawa dari sebab timbulnya masalah-masalah itu, dan sudah tentulah kesalahan itu lebih berat dipikul oleh kaum Adam itu sendiri. Oleh itu saya hanya berusaha menampakkan betapa peranan wanita itu sangat menyumbang kepada persekitaran hidup manusia didunia ini. Hari ini pun kita menyaksikan benarnya khabar Nabi SAW bahawa wanita diakhir zaman itu akan lebih banyak dari kaum lelaki. Sudah tentu sesuatu yang banyak itu lebih berpotensi untuk menjadi suatu unsur yang boleh memanipulasi keadaan persekitarannya. Contohnya, kalau disesuatu tempat banyak orang-orang baik dari orang yang jahat misalnya dalam peratusannya, 96% dari tempat itu adalah terdiri dari orang-orang baik, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi (memanipulasi) keadaan persekitaran. Ia akan terlihat menjadi isu utama dan perdana. Manusia mempunyai kecenderungan untuk memannfaatkan apa yang mempengaruhinya itu. Begitulah juga apabila bumi ini telah dipenuhi kaum hawa, maka ia sangat berpotensi mempengaruhi (memanipulasi) keadaan manusia seluruhnya. Kita buka internet, kita akan melihat banyaknya iklan-iklan wanita dari lelaki, kita selak surat khabar begitu juga, kita lihat majalah-majalah yang diterbitkan diluar, bukankah kaum wanita memanipulasi pemandangan, pemikiran dan sebagainya kini?

Mereka tidak bersalah tetapi telah ditakdirkan Allah untuk menjadi makhluk yang berpotensi menyumbang kepada pembentukkan gelombang dunia ini kearah sesuatu yang mengerikan jika langkah penjagaan yang berkesan tidak diambil atau diberikan. Sebab itulah didalam Islam, penjagaan kaum wanita ini agak rigid (ketat). Islam mengambil berat keberadaan kaum wanitanya. Islam berusaha menjaga mereka agar tidak jatuh ke fitnah kehidupan dan memuliakan mereka dengan penjagaan-penjagaan itu. Wanita Islam adalah lain dari wanita-wanita lain. Wanita Islam adalah permata yang perlu dijaga dengan cermat dan teliti agar sumbangan yang mereka lahirkan kelak kepada pembentukkan gelombang dunia ini berbeza dengan bentuk sumbangan wanita-wanita lain dalam pembentukkan gelombang dunia ini.

Disebabkan itu, saya menyatakan bahawa segala persiapan dalam penjagaan dan pembentukkan kaum hawa ini perlu mengikut skema yang berkesan. Skema yang paling berkesan adalah melalui syariat Islam. Islam memandu kaum Hawa ke jalan yang terpuji disisi Allah dan manusia jika ia dapat dipraktikan dengan menyeluruh. Pergaulan bebas yang dipopularkan barat kepada dunia hari ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip-prinsip kemulian ugama Islam. Ia mencarik-carik nilai-nilai keistimewaan umatnya. Malangnya kita, kerana apa yang saya ceritakan ini sudah berlaku dan makin sukar dibendung. Pergaulan bebas yang diamalkan umat Islam hari ini sangat membimbangkan banyak pihak terutama golongan ulama’-ulama’ soleh dan umat-umatnya yang mencintai (merindui) kesejahteraan hidup.

Pergaulan bebas yang diamalkan umat Islam hari ini seolah-olah tidak akan sempurna selagi perhubungan itu tidak ‘dinaik tarafkan’ kepada istilah ber’couple’. Bercouple itu seolah-olah jalan tunggal yang wujud dalam pemikiran mereka untuk mencapai kebahagian yang mereka bayang-bayangkan padahal peratusan yang berlaku dan dinilai mengikut pengalaman, mereka yang mencapai kebahagian mahupun keselamatan melalui kaedah itu adalah lebih rendah dari yang diharapkan. Bahkan amalan ber’couple’ itu lebih berpotensi menyeret kepada masalah-masalah lain pula seperti zina, buang bayi, dan sebagainya. Saya berani mengatakan bahawa hampir 99% individu yang ber’couple (sama Islam atau tidak) telah terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat didalam hubungan masing-masing, seperti berzina, ‘beringan-ringan’, berciuman, berpegangan tangan dan paling tidak bersandiwara dengan khayalan-khayalan hatinya yang melampau. Hal ini melanggar ketegasan syara’. Oleh sebab itulah saya berpendapat jika berlaku kebahagian dan keselamatan pun semasa mereka ber’couple ia lebih patut dipandang diatas penilaian rahmat Allah pada dirinya, dan jika tidak berlaku yang demikian (rahmat Allah) itu tentulah kemungkinan besar dia akan terjebak juga ke dalam masalah-masalah maksiat yang boleh terbit dari pengamalan (pergaulan bebas/couple) tersebut. Justeru itu tahap keselamatannya hampir tidak wujud berbanding tahap mara bahayanya di dalam amalan tersebut.

Kebimbangan yang saya ungkap melalui pengalaman-pengalaman masyarakat ini menjadi lebih berpengaruh dan meningkat apabila kita sendiri menyaksikan mutakhir ini ramainya pemuda-pemudi Islam yang semakin jahil dengan tuntutan ugamanya. Apalah lagi jenis kerosakkan yang boleh berlaku kalau mereka yang demikian itu difahamkan bahawa bercouple itu diperbolehkan Islam? Amat mengerikan jika ia berlaku. Maka apakah patut kita bersetuju dengan pandangan-pandangan sesetengah pihak yang menafikan pengharaman amalan ber’couple’ dan pergaulan bebas ini? Apakah mereka yang cuba menentang hujah-hujah kebenaran ini serta perjuangan yang mereka usahakan itu tidak memudaratkan anak bangsa, negara, dan paling penting generasi umat Islam dari masa ke semasa? Apakah benar-benar pihak-pihak yang cuba meghalalkan amalan ber’couple’ itu sudah berfikir jauh semacam yang digambarkan (sekurang-kurangnya) atau mereka hanya berjuang, berbahas, berhujah hanya untuk kepentingan yang singkat semata-mata dan atas bidikan hawa nafsu sendiri? Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan mengalahkan orang-orang yang cuai itu.

Pergaulan bebas yang diamalkan atas nama ‘couple’ atau pun tidak, ia tetap tidak menghalalkan cara (bebas melakukan apa sahaja seperti bebas bergaul, bebas bercakap, bebas berjumpa, bebas berfikir (imiginasi) dan sbgnya) antara dua pihak dalam menterjemahkan kasih sayang yang terpadu dalam diri masing-masing. Tentunya pergaulan yang bebas yang saya maksudkan itu adalah perhubungan diantara dua pihak yang tidak berlangsung mengikut kaedah-kaedah yang ditentukan syara’. Ini bererti Islam tidak menghalang secara total pada wujudnya perasaan kasih sayang dan kecenderungan dua pihak (laki dan wanita) itu ke arah yang melengkapi fitrah insani mereka, tetapi meletakkan garis-garis panduan yang mesti ditaati.

Dalam sebuah hadis yang diungkapkan Mufti Ebrahim Desai (M1) Darul Iftaa, Madrassah In'aamiyyah ketika beliau menjawab persoalan ‘percintaan sebelum pernikahan’ yang diajukan kepadanya, beliau berkata :

“Islam has taken a firm and decisive stance against Zina (fornication or adultery). Allah Ta’ala commands in explicit and unequivocal words:

“And come not near unto adultery. Verily! It is an abomination and an evil way.” (Surah Al-Israa’: Ayat 32)

Thus, Islam not only prohibits Zina, but also closes all the avenues and means leading to it. This is achieved by prohibiting every step and means leading to stimulating desires, opening ways for illicit sexual relations between men and women, and promoting indecency and obscenity.

At this stage you may assert that girlfriend-boyfriend relationships need not go as far as the sexual act; that they can control themselves and simply enjoy each others company. To counter this, you say that it is a fact when a girl and a boy are alone together, their sexual desires awaken and before they know it, they will be doing things that are not permissible between unmarried people. The reason for this is because Shaytaan will be the third person with them and he will whisper and tempt them with the forbidden.

In an authentic Hadith reported by Ahmad, it is narrated that the Prophet (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) said: “The eyes commit Zina, the hands commit Zina and feet commit Zina and the genitals commit Zina.” [Musnad Ahmad, Hadith no. 4258]

In another Hadith, he (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) is reported to have said that “the genitals confirm or deny it.” (Indicating that starring at opposite sex in a lustful way has a spontaneous effect on the genitals and may induce person to commit Zina/ The private part either confirms it or negates it.).
Sumber dipetik dari http://pianed.blogspot.com/2010/10/himpunan-fatwa-tentang-couple.html
Hadis diatas dipaparkan lagi, daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
1- “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah (boleh) melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
2- “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah (boleh) melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Oleh yang demikian Islam telah meletakkan garis panduan untuk manusia yang cintakan keselamatan dunia dan akhirat dalam menghadapi cabaran fitnah hari ini (percintaan insani) memandangkan Islam tidak secara total menafikan perkara tersebut. Hal ini berdasarkan terdapat beberapa firman Allah yang jelas tidak melarang terjalinnya perhubungan antara dua jantina ini secara total tetapi memerlukan garis panduan dari syara’ memandangakn umat Islam bukanlah seperti umat-umat yang lain. Firman Allah ta’ala :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (49/13)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (9/71)

Masalah kita hari ini adalah, bukankah melalui pergaulan bebas atas nama hubungan ‘couple’ yang wujud itu selalunya memerlukan penjumpaan yang kerap, komunikasi yang berpanjangan, berkasih-kasih dengan bebas dan paling tidak pun boleh menimbulkan kecenderungan untuk berkhayal pada perkara yang salah.? Jika demikian, patutlah kita sudah boleh memahami mengapa Islam melarang hubungan bebas yang dijalin atas istilah couple mahupun tidak, kerana hakikatnya Islam tidak menghalalkan sesuatu yang boleh menjerumuskan umatnya ke kancah kehinaan yakni zina. Kita tidak boleh terlalu yakin bahawa kita mampu mengawal dan selamat dalam perhubungan antara dua jantina ini (tanpa ketegasan syara’) dengan mengatakan “kami tidak melakukan apa-apa yang salah dan kami tidak itu dan tidak ini..”. Menurut saya keyakinan yang seumpama ini disandarkan atas dasar apa? Allah? Ugama? Sedangkan untuk mengingat (zikir) Allah dalam diri pun kita selalu tercuai dan kita pun selalu dipermainkan syaitan, maka janganlah kita terlalu membesar diri dengan menafikan mara bahaya yang boleh terjadi pada diri kita lantaran amalan ber’couple’ itu. Maka dengan itu, syara’ perlu meletakkan garis panduan yang jelas.

BERTUNANG SAMA DENGAN COUPLE MENURUT ISLAM?

Mungkin ada yang menganggap untuk mengelak hukum kehinaan jatuh pada dirinya akibat ber’couple’ maka dia merek a mengambil keputusan untuk bertunang. Pertunangan yang diusahakan mereka adalah atas dasar suka sama suka. Maka apakah setelah wujudnya hubungan pertunangan itu, Islam membenarkan pasangan tersebut ‘bebas berterbangan’ sekehendak mereka? Jika mereka jawab ‘tidak’ atau ‘iya’, kita perlu mengetahui adakah jawapan yang mereka nyatakan itu berdasarkan ilmu yang haq atau nafsu semata-mata. Islam tidak menafikan perhubungan yang boleh diikatkan antara dua jantina itu. Baik melalui hubungan majikan dan pekerja, kawan, tunang, mahupun suami isteri. Namun ia perlu dijaga mengikut garisan yang telah ditegaskan syara’. Pertunangan dalam Islam adalah sesuatu yang diiktiraf. Namun bagaimanakah perbahasannya? Adakah anda sudah mengetahuinya? Dibawah ini saya paparkan bagaimanakah kaedah peminangan dalam syara’ yang melahirkan ikatan pertunangan serta bagaimanakah ikatan itu mesti diraikan selepas dari termeterainya mengikut hukum Islam.

PINANGAN DAN PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
Etika pergaulan dan batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan menurut Islam
1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur:31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas atau pihak yang dibolehkan menjadi wakil baginya (kecuali darurah). Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan (memanja-manja) ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
PENDAPAT SAYA
Pertunangan yang termeterai selepas pengesahan kedua-kedua belah pihak melalui kaedah-kaedah peminangan itu bukanlah suatu lesen dari syara’ kepada mereka untuk saling berfoya-foya sebelum mereka ke alam perkahwinan yang mengesahkan ikatan pemilikan diri, tetapi ia adalah lebih bersifat ‘penandaan’ atau memberi kelegaan hati kepada dua-dua pihak yang saling menyukai antara satu sama lain disamping masing-masing ketika itu boleh berusaha ke arah impian dengan tenang tanpa gangguan pihak lain. Namun harus kita jelas disini bahawa lafaz peminangan yang dibuat atas salah satu kaedah yang dibentangkan diatas hanya diterima (diredhai) syara’ apabila ia di usahakan atas niat untuk benar-benar ke alam perkahwinan. Tiada wujud istilah ‘cuba-cuba’. Ikatan pertunangan itu masih perlu dipantau melalui hukum syara’ kerana ikatan pertunangan pada hakikatnya belum menghalalkan apa-apa yang haram pada pihak bukan mahram sebelum dikahwininya. Umpamanya, mereka tidak boleh bersuka-suka untuk berbual sekehendak hati, tidak boleh bebas berjumpa, bahkan sehingga ke wilayah pengkhayalan pun ditegah syara’ (jagalah akhlak muslim dan muslimah kita sebaik-baiknya).
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah (boleh) melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” (HR Muslim)
Sudah tentulah zina yang dimaksudkan itu adalah apabila anggota-anggota yang disebutkan itu melakukan sesuatu yang melanggari batasan syara’ umpamanya, matanya melampaui dalam melihat sehingga liar memandang perkara-perkara yang tidak sepatutnya, sehingga timbullah khayalan-khayalan berahi dan disemarakan pula oleh syaitan kepada nafsunya. Diri kita pun tidaklah segagah yang disangkakan. Sebab itulah syara’ tidak menggalakkan berlakunya perjumpaan, dan perbualan yang yang kerap yang tiada bertujuan jelas dan penting (*akan dijelaskan dibawah). Sebab itu juga syara’ menjaga tindak tanduk ini kerana mahu menjaga umatnya dari terlibat melakukan zina bahkan menutup jalan-jalan menghampirinya. Firman Allah Ta’ala :
“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (40/19)

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya..” (24/30)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya….” (24/31)
Hikmah dari memahami dan mengubah diri kearah kebaikan syara’ ini ada banyak sekali. Diantaranya, apabila kita berjaya beramal kepada perkara ini secara tidak langsung kita telah menyumbang dalam perjuangan mengangkat semula martabat Islam disisi pandangan global. Ini adalah kerana dunia hari ini telah kehilangan pengalaman mereka dalam melihat akhlak seorang muslim dan muslimah. Bagi dunia hari ini, mereka menganggap orang-orang Islam itu (baik laki mahupun perempuan) adalah sama sahaja dengan umat-umat yang lain sama ada dalam aspek pergaulan, pemikiran, atau percakapan bahkan ada yang sudah menganggap bahawa umat Islam adalah umat yang mundur dan hina. Umat Islam perlu mengetahui dan mengamalkan etika-etika tersebut agar mereka dapat dikenali sebagai umat yang mempunyai keunikan dan harga diri yang tinggi.
Hari ini jika kita tidak memahami dan memahamkan pada perkara ini dengan baik, apa yang akan berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan didunia umumnya? Dengan masalah yang masih banyak belum dapat diatasi dengan baik, terutama permasalahan generasi muda, maka apakah kita sanggup membiarkan mereka faham amalan pergaulan antara lelaki dan perempuan baik atas nama couple ataupun pertunangan itu sama seperti yang kita inginkan itu (bebas tanpa garisan syara’)? Malang kita kini dan kelak jika kita bersikap menentang usaha ‘penembokkan’ ini dari dilakukan kepada umat Islam.
Fatwa al-Qardhawi:

Pendapat dari Yemen itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas, ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah rumah mereka. Ada juga di sana pendapat kaum Liberal/Women’s lib yang berlawanan dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru wanita meninggalkan syari’at dan lepas bebas spt wanita Barat.
Pokoknya: kedua-dua golongan ini : liberalis yg membebaskan wanita semaksimanya dan aliran keTimuran yg mengongkong wanita, memenjara dan menzaliminya.

Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana
terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama’ah, Juma’at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa’at.

Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” (9/71)

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2
kebajikan dan jihad. Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius (bertujuan jelas)
2. menahan pandangan (menjaga akhlak)
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai (atas bukan kepentingan nafsu).
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan (ditempat awam)
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan.
7. tidak terlalu lama dan berulang (tidak disengajakan)
8. menghindari tempat yg dicurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir al-Mar’ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990) amat panjang sekali bukunya membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan saya ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.
* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995
adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ
Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah
kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA
Sumber : http://www.bincang.net/forum/showthread.php?85321-Hukum-Berkawan-Berlainan-Jantina-%29
PERHATIAN : Untuk mengambil sikap yang lebih baik, anda boleh rujuk perbahasan di link ini http://ceriwis.us/showthread.php?t=84907 dan menilai semula ijtihad yang dibuat oleh ahli ijtihad kontemporari ini. menurut saya sendiri, ijtihad kontemporari dari ahli-ahli ijtihad yang diyakini pada hari ini adalah perlu memandangkan masalah yang timbul memerlukan penyelesaian yang komprehensif. Saya bersetuju dengan pendapat-pendapat diatas yang difahami atas nama/dan amalan bukan ‘couple’ (pacaran) mahupun pergaulan bebas tetapi yang wujud itu adalah ta’aruf yang digariskan syara’. Walaubagaimana pun saya bersetuju apabila perkara ini dijalankan atas keperluan yang penting sahaja bukan atas kehendak hawa nafsu.
Dapatlah saya simpulkan disini bahawa dari keterangan hadis-hadis diatas yang melarang umatnya mendekati zina (zina boleh wujud dengan jalan ber’couple’ dan bergaul bebas) dan melalui pendapat-pendapat ulama’ kontemporari diatas, bahawa ber’couple’ (berpacaran) tidak dibenarkan (haram) namun untuk berta’aruf yang mengikut landasan Islam itu tidak dinafikan secara total.
Adapun ta’aruf yang diperkenalkan diatas tidak membenarkan pula khayalan kita bahawa boleh dibuat tanpa ilmu pengetahuan yang baik dan persediaan yang betul dari mana-mana individu yang mahu mendekati praktikal tersebut. Anjuran saya sendiri adalah lebih baik tidak menjerumuskan diri kearah kebinasaan (bentindak dengan tiada persediaan yang cukup) dan eloklah bersabar sambil mendekatkan diri kepada Allah SWT terlebih dahulu dan menambahkan ilmu pengetahuan atau mengadakan pihak penghubung yang soleh dan dipercayai untuk tujuan itu.
KESIMPULAN
Hubungan bebas atas nama couple atau pertunangan adalah haram menurut Islam. Ta’aruf yang dibenarkan Islam adalah sesuatu perkara yang sangat berbeza dengan budaya bercouple atau pergaulan bebas yang diamalkan masyarakat. Memperkemaskan diri dengan ilmu-ilmu ugama adalah jalan terbaik disamping beramal mendekatkan diri kepada Allah adalah kebijaksaan.
“Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (39/17-18)
Zulqarnain al-Faqir ilallah
29 Zulhijjah 1431H/6 Dis 2010
Kota Tuhan.

0 comments: