CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Saturday, July 3, 2010

pakaian adalah ibadah.....







Pakaian Adalah Ibadah

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Pakaian itu ada hubungannya dengan ibadat seperti ibadat dalam sembahyang di mana diwajibkan menutup aurat. Sebenarnya pakaian itu sendiri adalah ibadat kerana ia termasuk dalam suruhan agama yang ada nilai pahala dan dosa, kerana itu orang Islam yang menutup auratnya ianya telah mematuhi dan mentaati tuntutan dan suruhan agamanya. Menutup aurat itu ada had dan ketentuan dalam sembahyang dan di luar sembahyang.Pakaian itu sebenarnya gambaran zahir keperibadian seseorang. Pengaruh pakaian dapat dilihat seperti, ahli perniagaan untuk mereka dapat mengaut keuntungan ialah dengan mempermodelkan atau menunjukkan fesyen pakaian yang akan diharapkan dapat menjadi tarikan atau pengaruh untuk dibeli oleh pengguna-pengguna.Pengaruh pakaian ini amatlah jelas. Sebab itu pereka fesyen pakaian akan sentiasa merubah corak-corak fesyen pakaian itu dari masa ke semasa, khususnya pakaian perempuan. Tetapi sayang, fesyen pakaian perempuan hari ini banyak yang tidak memenuhi kehendak Islam.Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan. Firman Allah:Tafsirnya: “Dan pakaian taqwa adalah yang lebih baik.”(Surah Al-A‘râf: 26)Dari segi yang lain, apabila seorang perempuan yang memakai pakaian menunjukkan susuk badannya atau pakaian yang mengghairahkan lelaki yang memandangnya mungkin akan berbuat serong, lebih-lebih lagi jika perempuan ini berjalan bersendirian dalam keadaan di mana orang berkesempatan membuat jahat terhadapnya. Jadi pakaian dapat mempengaruhi jiwa seseorang perempuan dan orang lain akan membuat perhitungan terhadap pakaian yang dipakai oleh perempuan itu dengan cara meniru atau sebagainya.Pakaian mempunyai hubungan dengan ibadat, malah menjadi gambaran bagi aqidah dan akhlak pemakainya. Jika demikian halnya, pakaian perempuan Islam tidak boleh diabaikan. Dan tiada satu mazhabpun yang tidak mewajibkan menutup aurat atau mengharuskan pendedahannya, termasuk rambut, leher tengkok, dada dan betis sehingga ke tapak kaki perempuan di hadapan lelaki asing yang bukan mahramnya. Hukumnya jelas melalui sumber al-Qur’an dan hadis sebagaimana akan datang keterangannya. Di bawah ini disebutkan panduan atau garis pandu mengenai pakaian-pakaian perempuan Islam:
(i) Hendaklah pakaian itu menutup seluruh badan termasuk kepala, rambut, leher, dada, lengan, dan betis dari anggota perempuan itu. Bahkan wajib menutup tapak kakinya melainkan di dalam keadaan darurat seperti banjir, atau keadaan lecak atau berlumpur atau seumpamanya. Tidak wajib ditutup muka dan dua tapak tangan dari hadapan belakang sehingga dua pergelanggan tangan sahaja yang boleh nampak. Ini adalah dalam keadaan biasa. Adapun dalam keadaan yang boleh mendatangkan fitnah atau keadaan keganasan, maka wajib ditutup seluruh anggota tubuh badannya. Tidak menutup anggota badan adalah dilaknat oleh Allah Ta‘ala dan dosa besar yang wajib dielakkan.
(ii) Hendaklah pakaian itu tebal yang menutup seluruh tubuh badan perempuan supaya tiadak nampak warna kulit dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
(iii) Hendaklah pakaian perempuan itu luas, lebar tidak sempit dan tidak ketat yang boleh menampakkan segi-segi susuk badan perempuan. Pakaian yang ketat itu ialah seperti menampakkan susuk buah dada dan punggung dan lain-lain segi anggota yang mendatangkan fitnah atau keinginan syahwat.
(iv) Jangan pakaian itu menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki, kerana adalah haram dan dosa besar perempuan memakai pakaian yang serupa dan seakan-akan dengan lelaki.
(v) Jangan pakaian itu wangi atau harum, kerana wangi atau harum itu membawa fitnah dan kerosakan yang boleh membangkitkan nafsu dan perhatian orang dan kejahatan yang wajib dihindarkan oleh perempuan-perempuan. Memakai pakaian yang berwangi atau harum itu adalah dosa besar sekalipun dibenarkan oleh suami.
(vi) Jangan pakaian itu berhias, kerana pakaian yang berhias itu menarik pandangan orang dan membawa fitnah dan kerosakan kepada perempuan dan kepada yang memandang itu. Orang-orang Bani Isra’il Yahudi telah dilaknat oleh Allah Ta‘ala kerana mereka membiarkan perempuan-perempuan mereka keluar rumah, ke masjid, ke pasar dan ke kedai-kedai dengan berhias dan bergaya.
(vii) Jangan pakaian itu bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kerana itu perbuatan takabbur dan ‘ujub yakni merasa tinggi diri, Ia adalah dosa besar.
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Jangan kamu perempuan-perempuan Islam berkelakuan dengan terdedah sebagaimana terdedah perempuan-perempuan sebelum zaman Islam, (dengan menampakkan kejelitaan perempuan kepada lelaki asing dan menampakkan perhiasan-perhiasan mereka).”
(Surah Al-Ahzâb: 33)
Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Nûr: 31)
Nabi Salallahu 'alahi wasallam bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain ulama bermaksud :
“Dua macam orang ahli neraka, saya (Rasulullah) belum lihat (pada zaman Baginda), satu iaitu kumpulan orang memegang cemeti seakan-akan ekor lembu, mereka membelasah orang dengan cemeti itu (seperti pegawai-pegawai keselamatan yang zalim membelasah manusia). Dua iaitu perempuan memakai pakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian nipis dan menampakkan segala kejelitaan badan dan tiada menutup segala anggota badan) dan berjalan dengan bergaya dan sombong dan menunjuk-nunjuk dan menggerak-gerakkan bahu dan mengikat kepala dengan perca kain supaya nampak besar kepala dan jelita, tiadalah perempuan-perempuan itu masuk syurga, dan tiada mencium bau syurga dan bau syurga itu boleh didapati dari jauh begini dan begini.”
(Hadis riwayat Muslim)
Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya dan al-Hakim mengatakan hadis ini mengikut syarat-syarat Imam Bukhari dan Muslim iaitu hadis daripada sahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash berkata: “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Akan berlaku pada akhir zaman pada umat saya, oleh lelaki menaiki pelana-pelana unta seperti rumah-rumah kenaikkan yang ada ditaruh di belakang unta (ertinya motokar), tuan punya pelana besar-besar itu (tuan motokar) turun masuk masjid (sembahyang di masjid dan motokar itu menunggu di pintu masjid) isteri-isteri mereka memakai pakaian dan bertelanjang (pakaian yang menampakkan badan dan anggota perempuan) dan di atas kepala mereka ada topi atau dibesar-besarkan ikatan rambut kepala mereka, seperti bonggol di atas bahu unta, maka hendaklah kamu laknatkan mereka, kerana bahawa mereka (perempuan-perempuan) itu sentiasa kena laknat.”
Apabila orang perempuan sama ada perempuan-perempuan Islam atau bukan tidak menutup aurat mereka, maka satu kemungkaran telah berlaku dalam masyarakat. Kemungkaran itu jika tidak dicegah dan dihentikan akan menjadi sebab turunnya bala bencana daripada Allah.
Kerana itu satu daripada kewajipan umat Islam supaya dapat menegakkan agamanya ialah dengan menghuraikan tuntutan al-amru bi al-ma‘rûf wa al-nahyu ‘an al-munkar. Al-amru bi al-ma‘rûf (menyuruh berbuat baik) dan al-nahyu ‘an al-munkar (menegah daripada berbuat jahat) itu di antara syi‘ar-syi‘ar agama yang utama dan kewajipan ke atas kaum muslimin. Allah Subhanahu wata’ala telah memerintahkan kita berbuat baik dan melarang kita dari berbuat jahat dalam kitabNya yang mulia. Dan melalui NabiNya Sallallahu ‘alaihi wasallam sambil menggalakkan kita untuk memberikan perhatian terhadapnya dan mengancam kita yang mencuaikan tugas besar yang mulia ini.
Di dalam al-Qur’an banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kepentingan al-amru bi al-ma‘rûf wa al-nahyu ‘an al-munkar itu. Di antaranya ialah:
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah telah meletakkan laknatNya ke atas orang kafir daripada kaum Bani Isra’il atas lisan (lidah) Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Yang demikian disebabkan mereka menderhaka dan sering melanggar batas. Mereka itu selalunya tiada larang melarang terhadap kejahatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu.”
(Surah Al-Mâ’idah: 78-79)
Sementara hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebutkan yang maksudnya: “Siapa yang menyaksikan sesuatu mungkar, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisannya, jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Sabdanya lagi bermaksud : “Wahai sekalian manusia! Hendaklah kamu menyuruh berbuat baik, melarang berbuat jahat sebelum kamu memohon Allah, lalu tidak dikabulkan kamu dan sebelum kamu meminta ampun daripadaNya, lalu tiada diampuni kamu.”
Sesungguhnya menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat itu tidak menolak rezeki atau mendekatkan ajal, dan sesungguhnya para pendeta dari kaum Yahudi serta para rahib (paderi) daripada kaum Nasrani, apabila mereka meninggalkan menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat, maka Allah Ta‘ala telah melaknati mereka atas lisan nabi-nabi mereka, lalu sesudah itu bermacam-macam balapun turun ke atas mereka sekalian.
Dalam perkara pakaian seragam perempuan yang tidak menutup aurat itu adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak berkenaan khasnya di Jabatan yang mempunyai hubungan langsung dengan pakaian seragam itu supaya akan dapat membetulkan selaras dengan tuntutan syara‘.
Jangan Tinggalkan Syi‘ar Yang Mulia Ini
Tugas menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat itu tidak boleh diabaikan sama sekali dan tidak ada alasan apapun untuk meninggalkannya, selama berkuasa dan berkebolehan untuk menjalankan. Siapa yang melalaikan atau mencuaikannnya, dianggap sebagai orang yang memandang ringan terhadap hak-hak Allah Ta‘ala dan tiada menghormati perintah Allah Ta‘ala. Sebab itulah dia dicap sebagai orang yang lemah imannya, kurang takut dan malu terhadap Allah Subhanahu wata’ala.
Tetapi jika dia berdiam diri kerana sesuatu tujuan keduniaan, maka dengan itu dosanya akan menjadi lebih berat dan dia akan terdedah kepada kemurkaan dan kutukan Allah Ta‘ala, disebabkan tidak menegur mungkar atau perbuatan jahat itu.
Membetulkan perkara mungkar bukan sahaja berdasarkan tuntutan ayat atau hadis di atas, tetapi juga didasari perintah umum. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Umumnya pakaian itu bukan sahaja berhubungkait dengan hukum haram atau tidaknya bagi pemakainya, bahkan dapat memberikan imej atau gambaran mengenai bentuk masyarakat atau negara yang mengamalkan sesuatu pakaian itu.
Perlaksanaan hukum Islam bagi sesebuah negara Islam boleh diukur melalui berbagai-bagai sudut. Pakaian boleh menjadi salah satu ciri penting, sejauh mana perlaksanaan hukum Islam itu berjalan. Oleh kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam merubah mana-mana perkara atau corak hidup supaya selaras dengan hukum syara‘.

0 comments: