saya pernah meng postkan khutbah ini pada artikel yang lepas...
namun buat peringgatan kepada diri...
sekali lagi artikel ini saya terbitkan...
moga2 membawa manfaat...
Terjemahan KHUTBAH WADA’ RASULULLAH S.A.W
Terjemahan KHUTBAH WADA’ RASULULLAH S.A.W
Tarikh: 09 Zulhijjah 10H.-Hari Jumaat.
Tempat: Namirah Di Padang Arafah.
Masa: Sebelum Azan,SOlat Jamak ZOhOr & Asar.
*”Memuji Keagungan ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA.
*Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan,aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
*Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini,dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan keatas kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu,dan DIA pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
*Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu,dan tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar,maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
*Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada kamu,maka mereka berhak juga diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah isteri isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka,kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
*Wahai manusia,dengarlah bersungguh sungguh kata kataku ini,sembahlah ALLAH,dirikan solat 5 kali sehari,berpuasalah pada bulan ramadhan,tunaikan zakat daripada kejayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan sebab taqwa dan beramal soleh.
*Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawab atas apa apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
*Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya, Iaitu Al Quran dan Sunnahku.
*Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku. saksikanlah YA ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU”.
#Terjemahan Syeikh Al-Maqari Haji Othman Hamzah#
diambil dari blog friendster muhammad_islam
0 comments:
Post a Comment