CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Sunday, January 24, 2010

resepi hari ini....

Rendang Ayam.....

bahan-bahan....

serai
cili api kampung....rm2
bawang putih 7ulas
bawang ros 25biji
kunyi 4ketul (sebesar ibu jari)
halia 1ketul ()
santan 1kg
2ekor ayanm kecil (dipotong jgn terlalu besar jgn terlalu keci)
kerisik
daun kunyit (poong macam bunga rampai)
2cawan air ,lebih sikit pun takpe
gula 1setengah sudu besar
lengkuas diketuk
asam jawa 2sudu besar (dibancu dengan air)
garam...

cara-caranya....

gunakan kuali yang besar...

1)2cawan air+santan+(cili,bawang ros n putih,kunyit,halia,=dikisar) lengkuas (diketuk)= kacau selama setengah jam dengan api kecil

2)bahan tadi+air asam jawa+gula+garam = kacau api kecil

3)bila rebusan sedikit kering+kerisik = kacau

4)masukkan ayam...selepas separuh masak keluarkan ayam sahaja dari kuali

5)masukkam serai+daun kunyit=kacau sampai naik bau

6)masukkan ayam

7)kacau sampai masak....

*#*#* rasa dulu sebelum matikan api...manalah tau kurang garam ke cili ke blablabla....


selamat mencuba!!!!!!!!!!






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Monday, January 18, 2010

sedarkah kita?

( Banyakkan Berdoa, hindari dari dosa besar )

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)

32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34. Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan

63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Wednesday, January 13, 2010

isu kalimah ALLAH...berapa ramai yang ambil kisah?

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Ukhuwah..

Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Ini bermakna selain Allah adalah sekutu-sekutu yang dicipta oleh orang-orang kafir dan musyrik.

Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah”.
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

HUJAH KITA UNTUK MENENTANGNYA

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.

Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.


Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya
tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

MEREKA SENGAJA MEMPORAKPERANDAKAN KITA..

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.


Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.



KEPUTUSAN MUKTAMAD!

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

** Tamat Keputusan Muzakarah **

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?”. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Maa’idah: Ayat 17)

ANDA BACA ANDA TENTUKAN..


ana pernah baca bible siri 2008... dalam buku itu ditulis dalam bahasa melayu and bukan dalam bahasa inggeris... tuhan disebut sebagai tuhan dan bukan sebagai ALLAH... and pada pendapat saya...pihak kristian berani timbulkan pekara ni sejak isu 1malaysia... setuju tak? hehehe.... tapi sebagai muslim kita memang tak perlu risau bila timbul isu ni...sebab ALLAH dAH janji yang kesucian agama islam akan selalu terjaga sehingga hari kiamat... tapi apa pun sebagai muslim kita mesti dan wajib menjaga kesucian islam... mungkin sekarang sebagai golonggan dwasa hari ini dapat memahami islam dan menerapkannya didalam dada... tapi apa pula nasib anak2 dan cucu cicit kita nanti,bila isu ini dibenarkan? apakah kita mahu mereka menjadi murtad tanpa disedari? menjadi kafirun?

Monday, January 11, 2010

teruskan perjuanggan!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 6, 2010

doa perpisahan.....brothers





pertemuan kita disuatu hari
menitikan ukhuwah yang sejati
bersyukur ku kehadrat ilahi
diatas jalinan yang suci

namun kini perpisahan yang terjADI
dugaan yang menimpa diri ini
bersabarlah diatas suratan
kutetap pergi jua....
kan ku utus kan slam ingatanku
dalam doa kudus ku
sepanjang waktu

YA ALLAH bantulah hambamu
mencari hidayah daripadamu
dalam mendidikkan kesabarAnku
YA ALLAH tabahkan hati hanbamu diatas
perpisahan ini


teman..
betapa pilunya hati
menghadaPI perpisahan ini
pahit manis perjuanggan
telahkita rasa bersama
semoga ALLAH meredhoi
persahabatan dan perpisahan ini
teruskan perjuanggan..

kan kuutus kan salam
ingatanku
dalam doa kudusku
sepanajang waktu
YA ALLAH
bantulah hambaMU...

senyuman yang tersirat dibibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
kenangku didalam doamu...
semoga tuhan berkatimu....



if one i`m die....
jus pray for me...
and never ever cry for me...
because i love to die....

wawwahahahaaweawawaw..........

Sunday, January 3, 2010

hidup <.><.><.><.>


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






terkadang terlintas di fikiran,apakah erti hidup yang sebenar...
dalam mentafsirkan setiap jalan kehidupan adakalanya timbul rasa syukur dan tidak kurangnya perasaan kecewa yan sering jua menodai diri....
namun aku yakin musibaah iu bukan pengakhiran hidupku....
cuma aku yang harus kuat menjalaninya kerana pasti punya hikmah yang selalu kabur untuk diungkapkan...
kesakitan yang selalu mengelar diri...duri yang sentiasa mencucuk diri memberi kesan yang mendalam pada perasaan jiwa,emosi dan bakal membentuk personaliti...segalanya pesti punya pengakhiran namun segalanya punya pilihan....
dalam hidup aku harus memilih untuk menentukan masa depan..... cuma yang sukarnya adalah bagaimanakah aku bisa membuat pilihan yang bijak...tepat...sesuai dengan kemampuan diri...situasi..apalagi keadaan dan kesan...semua ini bagiku harus diambil kira semasa memutuskan sesuatu....
didalm mencari ketenanggan hati dan memantapkan dir dengan pendirian al-quran dan sunnah terkadang iman ini goyah...
sungguh gentar apabila memikirkan andai aku berpaling darinya tanpa ku sedari....
oleh itu aku perlukan kawan/sahabat untuk menegurku saat aku kesesatan....
dimanakah aku bisa temuai manusia yang sentiasa yang menggambil berat akan saudara seislamnya? lemah lutut apabila dianaiya oleh kenalan sendir....perasaan bendi padaku atau dengki...sedangkan aku sendiri tidak mengerti apakah salahku sebenarnya..... menari2 di fikiranku suatu ukhuwah yang bisa memartabatkan dunia islam yang sangat mentap seperti suatu ketika dahulu....namun apa yang sering ku lihat sekatang hanya dunia menjadi kepengtinggan utama...persoalan agama ditolak jauh kebelakang...
apakah dunia akhir zaman ini bisa berubah?
segala kesakian ini aku adamaikan dengan janji ILAHI bahwa adanya akhirat...barasa tenang saat memikirkan nya walaupun sungguh banyak duri yang membuat diri kacau...

andai suatu saat nanti ada adam yang datang untuk membimbing ku...untuk terangi jalanku..untuk mengungkapkan segla persoalan yang meresahkan diri ini....
apakah bisa aku menerimanya? sedang aku bukan yang terbaik buatnya....

YA ALLAH tenangkanlah hati ini....







kadang2 best jgk dengar lagu misha omar....