CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, December 25, 2009

sekadar nasihat untuk diri

tiada bekal yg lebih utama drpd takwa.tiada sesuatu yg lebih baik drpad diam. tiada musuh yg lebih berbahaya drpd kebodohan.tiada penyakit yg lebih parah drpd berbohong....~al-imam ja`far ash-shodiq~



mari lah kita hayati kata2 terakhir Abu bakar as siddiq r.a.....'berat timbangan mereka yang mempunyai timbangan yang berat kerana menegakkan KEBENARAN sedangkan menengakkan kebenaran itu amat berat bagi mereka.....sesungguhnya ringan timbangan bagi mereka yang ringan timbangannya disebabkan KEMAKSIATAN sedangkan mengerjakan maksiat itu amat ringan bagi mereka melakukannya...'




Berdakwah lah Dgn Hikmah dan Pelajaran Yang Baik, Jika Diajak Berdebat, Maka Bantahlah Dengan Wajah Berseri, Lemah Lembut Dan Bahasa Yang Sopan

Allah berfirman: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl 16:125)

Ibnu Jarir berkata tentang "hikmah" iaitu Al-Quran dan hadis yg Allah swt turunkan kepadanya". "Dan pelajaran yg baik", termasuk peringatan, teguran dan kejadian2 yg telah dialami oleh manusia (Ath-Thabari (XVII/321)

Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah kelembutan terdapat pada sesuatu, melainkan akan membuatnya lebih bagus dan tidaklah kelembutan tercabut darinya, melainkan akan membuatnya buruk" (HR Muslim)


Jgnlah Meremehkan Dan Merendahkan Org Lain, Krn Ia Tanda Kesombongan dan Boleh Jadi Yg Direndahkan Itu Lbh Baik Dan Lbh Tinggi Kedudukannya Disisi Allah swt

Allah melarang kita menghina org lain yakni dgn meremehkan mrk.Perbuatan trsebut diharamkan,sebab barangkali org yg dihina trsebut memiliki kedudukan yg lbh tinggi dihdpn Allah & lbh dicintai Allah dari org yg mnghinanya.

Allah brfirman:"Hai org2 yg beriman, jgnlah sekumpulan org laki2 merendahkan kumpulan yg lain,blh jadi yg ditertawakan itu lbh baik dari mrk.Dan jgn pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, blh jadi yg direndahkan itu lbh baik”(Hujuraat 49:11)

Nabi saw brsbda: "Tdk masuk syurga org yg ada dlm hatinya seberat biji sawi dari kesombongan.Maka seorg lelaki brtanya:Ssgghnya sseorg menyukai pakaiannya yg bagus dan seliparnya yg elok.Nabi menjawab:Ssgghnya Allah Maha Indah & menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran & meremehkan manusia."(HR Muslim)


Bertaubatlah Dari Maksiat dan Syirik Yang Dilakukan,Dan Jgn Sekali-Kali Berputus Asa Dari Rahmat Allah swt Kerana Allah Mengampuni Dosa HambaNya

Allah Berfirman:Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Az-Zumar 39:53)

Nabi saw bersabda: ”Allah membentangkan tangan di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari, dan Dia membentangkan tangan di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari” (HR Muslim dan Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda: "Hai, manusia! Taubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku taubat kepada-Nya seratus kali setiap hari." (Riwayat Muslim)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, December 7, 2009

seksaan bagi yang meninggalkan sembahyang@ solat

SEKSAAN BAGI YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
DI DUNIA

1. Dicabut berkat umur (hidup susah dan tidak aman).
2. Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (hilang seri muka).
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5. Ia tidak tergolong dari kalangan mukmin.
6. Dihilangkan Allah akan rezekinya.
WAKTU HENDAK MATI

1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan kelaparan.
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.
DALAM KUBUR

1, Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyala api di dalam kubur untuknya, maka ia bergelumang di dalam api siang dan malam.
3. Datang ular bernama SYUJA yang matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika hingga hari kiamat.
DARI KUBUR KE AKHIRAT

1. Diberatkan hisab (banyak soal jawab).
2. Dimurkai Allah.
3. Dimasukkan ke dalam neraka.

Wednesday, December 2, 2009

idola kecil2....




sedapnya suara dayana.....














fienaz pun best jgk....
konsert3 bila aku sudah tiada







dayana....konsert4....tiada maaf bagimu










aku tak percaya cinta...
dayana idola kecil2








bintang kecil peringkat kebangsaan...
siti amirah dayana binti amirullah

Tuesday, December 1, 2009

terjemah khutbah wada`rasulullah s.a.w

saya pernah meng postkan khutbah ini pada artikel yang lepas...
namun buat peringgatan kepada diri...
sekali lagi artikel ini saya terbitkan...
moga2 membawa manfaat...













Terjemahan KHUTBAH WADA’ RASULULLAH S.A.W

Terjemahan KHUTBAH WADA’ RASULULLAH S.A.W
Tarikh: 09 Zulhijjah 10H.-Hari Jumaat.
Tempat: Namirah Di Padang Arafah.
Masa: Sebelum Azan,SOlat Jamak ZOhOr & Asar.

*”Memuji Keagungan ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA.

*Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan,aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

*Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini,dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan keatas kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu,dan DIA pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

*Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu,dan tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar,maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

*Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada kamu,maka mereka berhak juga diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah isteri isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka,kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

*Wahai manusia,dengarlah bersungguh sungguh kata kataku ini,sembahlah ALLAH,dirikan solat 5 kali sehari,berpuasalah pada bulan ramadhan,tunaikan zakat daripada kejayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan sebab taqwa dan beramal soleh.

*Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawab atas apa apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

*Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya, Iaitu Al Quran dan Sunnahku.

*Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku. saksikanlah YA ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU”.

#Terjemahan Syeikh Al-Maqari Haji Othman Hamzah#


diambil dari blog friendster muhammad_islam

doa seorang kekasih....












Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala




bila dengar lagu ni...
apa pendapat anda?