Friday, May 21, 2010
Thursday, May 20, 2010
Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..
I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.
Posted by mj ustad at 5:50 PM 0 comments
Monday, May 17, 2010
akhir zaman...
Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA
LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.
Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.
Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.
Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."
Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.
Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi
Posted by mj ustad at 8:53 PM 2 comments
Iman
Iman
*Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
*Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.
*Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatangi solat berjamaah.
*Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.
*Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.
*Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.
*Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"...
"Nabi Muhammad suka doa-doa yang singkat tetapi meliputi semua maksud.kecuali itu,yang lain baginda tinggalkan."
-Riwayat Abu Daud-
Posted by mj ustad at 8:13 PM 0 comments
ALAM MAHSYAR
ALAM MAHSYAR
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya ? Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya ? Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Taala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7.. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12.. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Taala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a..s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba dibumi.
15. Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & Atid / Kiraman Katibin.
18.. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19.. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Taala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a…w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Taala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004
Posted by mj ustad at 8:11 PM 0 comments
cerita kubur....
Terkena Api Di Kuburan
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.
“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.
Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.
“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.
“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.
“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”
“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”
Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”
“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.
“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.
Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.
“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.
“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.
Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.
“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.
“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.
“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”
Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”
Posted by mj ustad at 7:53 PM 0 comments
KELEBIHAN WANITA DALAM ISLAM
khas buat renungan insan yg bergelar WANITA
sebenarnya diri anda sgt berharga dan sgt istimewa
bersyukurlah anda dilahirkan sebagai seorang WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
sebagai kaum wanita,anda sgt bertuah sekiranya anda merupakan seorang WANITA SOLEHAH
"Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang hanya membuat apabila disuruh"
-- Lukman Al-Hakim
Posted by mj ustad at 7:49 PM 0 comments
Thursday, May 13, 2010
Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
Bahan-bahan :
- Bahan A
- 150gm butter
- 100gm coklat masakan
- Bahan B
- 10 biji kuning telur - Gred A
- 5 biji putih telur
- 225gm gula castor
- 1 sudu besar ovalette (bumbun)
- Bahan C
- 125gm tepung gandum/superfine
- 25gm tepung jagung
- 1 tsp baking powder
- 30gm serbuk koko
- 1 sudu besar coklat emulco(takde so aku lebihkan skit serbuk koko)
- Bahan untuk lapisan cheese
- 250gm cream cheese
- 100gm coklat masakan putih(yg ni xde aku tukar dgr susu pekat manis)
- 2 biji telur gred A
- 30gm tepung gandum/superfine
- Cairkan bahan A dan sejukkan.
- Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
- Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
- Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
- Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
- Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
- Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
- Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
Posted by mj ustad at 6:12 PM 1 comments
Dorayaki Doraemon Itadakimas
Dorayaki..bile sebut nama makanan ni mesti semua akan ingat satu nama..iaitu..DORAEMON!..hehe..dorayaki ni la makanan kesukaan doraemon tu..sebenarnya tak susah pun bahan-bahan dan cara-cara nak buat dorayaki ni..ala-ala macam apam balik version jepun je pun ( je-pun)..okla.. wanna give this a try ..happy dorayaki-ing!
Doraemon bersama dorayaki..hehe..nampak sedap..jom cuba!
dorayaki by ルーりん on flickr
A. Ingredients for red bean paste
- 1 cup of azuki (red bean)
- 8 cup of water
- 1/3 of cup of sugar
Step by step
Pour 4 cups of water into a pot and add the azuki. Keep the flame high until water boils, then turn off the fire and remove the water (you can use a colander!)
Now put the azuki in the pot and the other 4 cups of water and make boil on low flame for an hour (more or less), until our azuki softens and starts to melt.
Add the sugar and mix well for a few minutes, breaking the beans, until all thicken.
At the end you should have a sort of chestnut marmelade, very dense and tasty!
B. Ingredients for batter
-
3 eggs
-
2/3 cup sugar
-
1/2 tsp baking soda
-
3 Tbsp water
-
1 cup flour, sifted
-
*vegetable oil for frying
Step by step
1. Whisk eggs.
2. Add water. Dissolve baking soda in measured water, and add the water in the egg mixture.
3. Add sifted flour in the egg mixture gradually.
4. Heat a frying pan on medium-low heat and lightly oil it. Pour a scoop of the batter in the pan and make a pancake. (*about 4 inches in diameter.)
5. Turn over the pancake when bubbles appear on the surface. Repeat this process to make more pancakes. Cool the pancakes.
6. Once all the fritters are prepared and cooled down, spread the anko (the azuki jam) on a fritter, then take another and close them like a sandwich! Repeat for each fritter.
YUM YUM!!! Itadakimaaaaaaaaasu!!!!
source
http://japanesefood.about.com/od/japanesecake/r/dorayaki.htm
http://www.nanoda.com/en/japanese-cooking/dorayaki.htmlPosted by mj ustad at 5:59 PM 0 comments
Takoyaki
Takoyaki (literally fried octopus) is a popular Japanese dumpling made of batter, octopus, tenkasu, pickled ginger, konnyaku, and green onion, topped with okonomiyaki sauce, nori (edible seaweed wrappers), mayonnaise, and katsuobushi (fish shavings). Making takoyaki requires a takoyakiki, a special frying pan made of cast iron with hemispherical molds. Although takoyaki can easily be made at home, provided the equipment is available, it is usually considered fast food and is almost exclusively sold on the street. Frozen takoyaki is also available. It is especially popular in the Kansai region but has seen a surge in popularity in recent years in other parts of Japan. In the Kansai region, takoyaki is considered a side dish and eaten with a bowl of cooked rice. Elsewhere in Japan it is eaten without rice as a snack food.
TAKOYAKI
Bahan-bahan (Tepung Takoyaki)
1 cawan Tepung Gandum
290 cc Air
¼ sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil garam.
Bahan-bahan Isi Takoyaki
2 biji Telur
Tako ( octopus, kalu takde guna squid)
Daun Bawang
Carrot dadu
Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)
Sos Takoyaki
Dashi ( substitute dgn cube ikan bilis)
Nori@Rumpai laut yg hancur
mayonis
Cara-cara:
- Bancuh Tepung dan air hingga rata kesemuanya.
- Masukkan telur dan kacau lagi.
- Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.
- Setelah adunan siap, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. Rebus dulu tako atau squid sehingga masak.
- Letak dan panaskan takoyaki mould (rupa mcm tuang kuih cara cuma dia bulat2) di atas dapur dan sapukan sedikit minyak.
- Apabila kuali panas, masukkan adunan tepung ke setiap acuannya menggunakan senduk.Kemudian masukkan pula inti tako iaitu tako@ squid, carrot dan daun bawang.
- Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak.
- Apabila tepung kelihatan agak masak, terbalikkan ianya ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat. Ini adalah untuk memastikan kesemua bahagian tepun itu benar-benar masak. Nak senang guna lidi, pusing2 nnti dia jd bulat.
- Dah masak, hidangkan di atas pinggan hiaskan bersama sos dan bahan-bahan hiasan lain seperti fish flakes (bonito fish), nori (lihat pd gambar ) dan mayonis.
- Sedap di makan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Posted by mj ustad at 5:55 PM 0 comments
Tiramisu Simple!
Apa itu Tiramisu?
Tiramisu meaning ‘pick-me -up’ is a classic coffee flavored Italian dessert prepared with mascarpone cheese,espresso and ladyfingers.It has become very popular recently and is served in almost every Italian restaurants. You either love it or hate it,there’s no middle groundBahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek
- 250ml whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Langkah-Langkah
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
- Potong kek pada 3 bahagian
- Susun 1 bahagian dalam bekas
- Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
- Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
- Susun lagi bahagian yang selebihnya
- Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Posted by mj ustad at 5:53 PM 0 comments
Spagetti Sauce
Bahan-bahan
Daging cincang 250gm
Mushroom 1 tin
Bawang merah 1 labu besar dikisar atau dadu
Bawang putih 5 ulas ditumbuk
Tomato 5 biji didadu
Tomato/Cili sos sesuka hati
Lada hitam 1 sudu kecil ditumbuk
Oregano secubit
Basil 1-2 helai
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. tumis bawang putih & lada hitam dengan sedikit minyak.
2. masukkan bawang besar (saya suka kisar). Tumis sampai wangi.
3. Masukkan daging. Masak sampai tukar warna (setengah masak) dan masukkan tomato.
4. Masak sampai agak kering. Tambah sos, mushroom, oregano dan basil. Bubuh garam dan rasa.
-klu takder oregano n basil tu pon takper..cuma benda tu cam bagi bau dia ala2 italian kot..
-klu nak hidangkan kat budak2,guna laa tomato kuning sekali,kasik colourfull
-klu nak pedas, tambahkan cili benggala dipotong dadu..
-resepi nie jugak leh guna utk sos lasagna..cuma tambah cheese dan lapiskan
-utk org yang suka chese..dah siap masak sauce nie, gaulkan spagetti @ pasta ngan sauce, masuk dalam loyang tabur cheese kat atas n bakar..(mak saya suka makan camni)
-klu nak tukar jadi macaroni bakar, sebelum bakar tu..pukul telur sebiji dua ke,gaul sekali then bakar..jadiklaa macaroni bakar..macam yg selalu jual kat bazar ramadhan..
Sumber:
www.iLuvislam.com
Posted by mj ustad at 5:48 PM 0 comments
buat tempe...
Bahan-bahan:
200 g kacang soya
40 g tempe
Cara-cara utk buat ragi:
Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif Zunn guna oven pd suhu 20′C-30′C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)..kuikuikui...
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.
Proses fermentasi tempe:
Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam
Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.
Bilas kemudian rebus selama 1 jam
Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel (jgn plak lap dgn kain buruk..heehhe) atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30′C.
Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata
Masukkan dlm plastik, ’seal’kan dgn lipat plastik tersebut dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu).
Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm.
Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang
Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30′C (Zunn bubuh tepi boiler)..
Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.
Penting tau nie....:
Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.
Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi
Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 ‘C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.
................................................................................. ;)
Posted by mj ustad at 5:42 PM 0 comments
Easy Chocolate Cake
Bahan-bahan ( loyang 9" )
- 2 cwn gula (kisar)
- 2 cwn tepung (ayak)
- 3 biji telur grade A
- 1 cwn koko powder
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
- 1 cwn air panas didih
- 1 tsp soda bikarbonat
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp esen vanila
- 2 cwn non dairy whipping cream
- 500g cooking chocolate
- 1/8 cwn golden syrup
Cara-cara
- tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
- pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
- masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
- masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
- last skali masukkan air panas..kacau sebati
- bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
- [ Ganache]
- dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
- bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
- tambahkan golden syrup
- ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
- [ Whipped cream ] pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
- kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
- ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
Posted by mj ustad at 5:38 PM 0 comments
Chocolate sour cream cake
Bahan-bahan:
[Kek]
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan gula halus
- 1/4 cawan gula perang
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- secubit garam
- 1/2 cawan sour cream
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 80g coklat chips
- 2 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
[Sirap coklat]
- 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu besar fresh milk
- 30g coklat
- 1/4 cawan gula perang
-
Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
- Masukkan telur sebiji demi sebiji
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.
- Masukkan sour cream dan esen vanilla
- Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.
- Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.
- Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.
- Masukkan 1/2 sirap coklat.
- Ulang kaedah 7 dan 8
- Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.
Posted by mj ustad at 5:27 PM 0 comments
Aiskrim dengan hanya satu bahan!
Unbelievable? Mustahil? Tutorial ini adalah resipi ringkas untuk membuat aiskrim yang sedap, hanya dengan satu bahan!
Aiskrim ini memang sangat menjadi - kaya dengan rasa, berkrim dan lembut! Malah, lebih baik kerana ianya tanpa lemak, tanpa susu (sesuai untuk orang yang milk intolerance), tanpa gula, tanpa sebarang perisa buatan! Ianya sangat baik untuk kesihatan!
Dan yang paling best, ia hanya perlukan satu bahan sahaja untuk membuatnya. Cuba teka apa bahan tersebut (tanpa tengok list di bawah, hehe).
Sesetengah anda mungkin skeptik dan membangkang - "aiskrim hape mcm ni!" Namun saya mencabar anda untuk mencuba resepi ini! Anda akan dapati ia akan menjadi EXACTLY seperti aiskrim biasa!
BAHAN
- Pisang!
(Gambar: Kiri - Pisang yang digunakan. Kanan - Pisang yang telah dibekukan)
Seterusnya, langkah kedua adalah dengan blender pisang yang telah beku ini. Firstly pastikan anda menggunakan blender berkuasa tinggi, yang mempunyai capability untuk "ice crush". Jika tidak, maka kemungkinan blender anda menjadi rosak atau mata blender anda menjadi tumpul!
Jangan panik! Potong pisang2 beku anda kepada beberapa ketulan kecil terlebih dahulu. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam blender, ketika anda sedang memblender. Teruskan sehingga pisang2 tersebut hancur menjadi ketulan2 kecil dan cair, namun jangan berhenti terlebih dahulu! Teruskan memblender untuk 3-4 minit lagi, dan anda akan mendapati pisang2 anda magically berubah menjadi pekat, berkrim, berkilat!
Akhirnya, siap! Anda boleh cuba menambahkan madu, cokelat cair, maple syrup, peanut butter, perasa atau apa2 sahaja untuk menambahkan rasanya. Hias juga dengan ceri, serbuk cokelat dan lain2. Aiskrim pisang anda telah sedia untuk dimakan!
Ps: Anda boleh mencuba menggunakan buah-buahan lain pula (mangga, strawberry, rambutan? durian?). Mana tahu jadi aiskrim juga! Selamat mencuba!
Pesan Editor : Saya masih belum berpeluang nak cuba, so kalau ade member2 yang dah try boleh post di komen hasil @ gambarnya!
(ais boleh diblander dgn buah freash...if takut buah jadi tak elok bila dimasukkan didalam freezer)
Posted by mj ustad at 5:22 PM 0 comments
Chewing Gum Brownie
BAHAN-BAHAN
1/2 cwn tepung
1/2 cwn butter
1 cwn gula halus
1/2 cwn serbuk koko
2 biji telur
1/2 tsp baking powder
1 tsp vanilla essence
Topping
2 tbs butter (suhu bilik)
2 tbs serbuk koko
1/2 cwn gula icing
1/4 tsp vanilla essence
CARA-CARA
1.Ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan. Panaskan oven ke suhu 350 darjah.
2. Cairkan butter atas dapur dengan api sedrhana. Masukkan serbuk koko dan gula halus. Kacau sebati dan alihkan dari dapur.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau dengan cepat. Setelah sebati masukkan vanilla essence. Kacau.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi kedalam adunan dan kaup balikkan adunan. Adunan akan menjadi likat.
5. Lenser loyang (8 inci) dgn butter. Pindahkan adunan brownie kedalam loyang. Bakar selama 25 minit (atau sehingga masak).
6. Sediakan topping. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati. Rasa sedikit dan tambah gula jika perlu. Tambahkan sedikit air panas untuk topping yg lebih runny.
7. Potong brownie yg telah siap dibakar sementara masih panas. Tunggu sejuk dan letakkan topping. Tabur sedikit chopped almond untuk hiasan. (Bownie akan mnjadi chewy bila dah sejuk).
Posted by mj ustad at 5:16 PM 0 comments
Chocolate Banana Popsicle
Sekolah sudah mula bercuti, dan cuaca semakin panas! Di kiri kanan jalan dihiasi dengan tawa kanak-kanak yang riang mengejar loceng motor si penjual aiskrim. Kepada ibubapa, nanti dulu! Anda tidak lagi perlu menghabiskan wang untuk membeli aiskrim yang mahal-mahal tersebut, malahan tidak berkhasiat pula. Sebaliknya, jom cuba resepi yang murah, boleh dibuat di rumah ini sebagai satu cara memenuhi masa lapang anak-anak, malah menggalakkan mereka memakan buah-buahan berkhasiat.
Resepi ini adalah satu projek menarik untuk kanak-kanak, dan juga untuk anda! Anda dapat mengasah kreativiti masing2 (atau anak2 anda) untuk menghias serta mencorakkan aiskrim masing-masing. Siapa yang tidak gemarkan aiskrim ketika cuaca panas terik, kan? (^_^)v
Bahan-bahan dan Peralatan
- 3 biji pisang yang tidak terlalu masak
- 150 gram cokelat separa manis
- 150 gram cokelat putih
- 3tsp shortening (vegetable fat)
- Sprinkles warna-warni
- Sprinkles cokelat
- 6 batang kayu aiskrim
- Kertas minyak (parchment paper)
- Measuring spoons
- 2 mangkuk kecil
- 2 sudu
- Cutting board
*Resipi untuk 6 batang aiskrim.
Cara-cara
Langkah 1 - Kupas kulit pisang, dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik, dan letakkannya di dalam freezer peti sejuk sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.
Langkah 2 - Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan cokelat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga cokelat tersebut telah benar2 cair. Ulangi untuk cokelat putih.
Langkah 3 - Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan cokelat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga cokelat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.
Langkah 5 - Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan cokelat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah2 di atas untuk baki pisang yang ada.
Setelah semua pisang telah siap disaluti cokelat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!
Posted by mj ustad at 5:13 PM 0 comments