CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, July 3, 2009

~Misteri Kampung Puaka Tulen~

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kene-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kepada sesiapa yang terasa, padan muka. Ha… Kepada sesape yang ada sakit jantung ke, sakit perut ke, dan sebagainya dinasihatkan supaya jangan membaca cerita ini seorang diri kerana kisah mistik ini berkemungkinan mengandungi unsur seram yang maksimum.

Kampung Lembah Siput yang terletak kat Perlis banyak mengisahkan perkara yang ngeri. Ramai yang menggelarkan kampung tersebut "Kampung Puaka Tulen". Kampung ini terletak jauh dari kampung-kampung lain dan jarang mendapat pelawat kerana kes lembaga hitam yang sering berkeliaran pada waktu senja.

Saya dan krew-krew saya telah menemu-bual salah seorang saksi yang pernah ternampak lembaga tersebut. Namanya Pak Sameon yang berusia 53 tahun.

"Pak cik ada ternampak lembaga yang tak berkepala lutut. Lembaga tu bertenggek kat atas pokok rambutan yang bersebelahan dengan rumah Che Jah yang cun-melecun tu. Senyuman Che Jah tu manis, rambutnya yang terbang ditiup angin menambahkan lagi kecunnannya. Perh… macam Puteri Gunung Ledang, wa cakap sama lu…" kata Pak Sameon dengan membayangkan wajah Che Jah sambil memeluk dirinya sendiri. Pak Sameon nih memang kurang bijak sungguh. Orang tanya pasal hantu, dia cakap pasal awek dia pulak.

Semasa kami melarikan diri dari Pak Sameon yang berkelakuan pelik itu, kami terserempak dengan seorang budak hingusan. Budak tersebut pernah ternampak muka lembaga hitam itu. Dengan rasa tak tahu malunya kami interview budak tersebut.

"Saya nampak tembaga (lembaga) tersebut di depan rumah saya sedang menyiram pokok bunga. Mukanya sangat kurang cantik dan menakutkan," katanya lalu menangis apabila membayangkan wajah hantu tersebut. Mengikut kajian yang telah kami jalankan, lembaga yang budak tu katakan bukanlah hantu atau mambang tapi cuma jirannya yang memakai mekap setebal kamus dewan bahasa.

Terdapat tiga sekawan dari universiti ape ntah baru berpindah ke kampung tersebut. Namanya Boboi (bukan nama panggilan), Romeo bin Hussin (bukan nama omputih), dan Man (bukan nama pendek). Mereka bertiga ke kampung itu untuk membuat assignment tentang lembaga yang menghantui penduduk kampung.

Pada satu malam, mereka bertiga berasa amat takut kerana malam tersebut merupakan malam Jumaat. Masing-masing menggigit kuku ibu jari kaki mereka.

"Hoi, rakan-rakan sekalian. Aku harap hantu yang nak menakutkan kita ni hantu yang comel macam Mashimaro. Baru la tak seram," kata Boboi sambil memeluk patung Mashimaro kesayangannya itu.

"Dah la tu. Jom kita siapkan kerja untuk menghilangkan rasa takut," kata Man dengan bangga sambil menggigil ketakutan.

Semasa mereka tengah asyik membuat kerja, Romeo dengan segera ke dapur untuk membuat kopi. Beliau berasa hampa apabila dia dapati kopi 'Lasindah'nya telah habis. Itulah satu-satunya kopi feveretnya.

"Man, Boi, aku nak pegi kedai nih. Korang buat la kerja korang tu dulu," kata Romeo di hadapan pintu sambil memakai selipar jepunnya yang berwarna merah jambu.

"Kalau nampak ape-ape benda pelik, jangan tegur. Biar dia yang tegur. Dan kalau dia tegur, buat derk aje," kata Romeo seorang diri.

Tak lama kemudian, suara azan bergema di telinga capangnya. Dia pun menekan brek di hadapan surau untuk menunaikan solat. Disebabkan takut, dia membuka langkah sebilion lalu masuk ke dalam surau tersebut.

Semasa dia tengah sembahyang, kekusyukannya hilang apabila dia terdengar seolah-olah ada orang ketawa di belakangnya. Dia berasa seram sejuk walaupun keadaan kat dalam surau tu panas sebab ekon rosak. Ketakutannya sampai ke tahap maksimum apabila dia berasa berat untuk mengangkat kepalanya untuk bangun dari sujud. Bagaikan ada orang yang menahan kepalanya.

Sesudah je dia memberi salam, baru dia sedar bahawa dia terlupa untuk bukak helmetnya. Kecoh satu surau dengan gelak tawa dan ada yang mengilai macam pontianak.

Keesokan harinya, Romeo dan rakan-rakannya beredar dari kampung tu kerana berasa malu tahap dewa 19. Gossip tentang lembaga hitam itu berubah kepada kes Romeo yang memalukan itu.

~Setel~

diambil dari blog myspace asral...

0 comments: