CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome!!

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

:)

ungunya cinta...merahnya lavenda...

sayang...sayang...aduh...sayang....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Thursday, June 18, 2009

awwaluddin maghrifatullah part 2

awwaluddin maghrifatullah part 2

jadi,sudahkah kita terlepas dari SYIRIK!!..
Syirik jali dan syirik khafi memang berbeza,walaupun syirik khafi syirik yang halus tetapi dOsanya tetap sama seperti syirik jali. Tetap kekal di dalam neraka..
dOsa2 yang lain semuanya mempunyai had dan tempOh..selepas habis had dan tempOh itu,ALLAH akan keluarkan kita dari neraka dan dimasukkan pula kita ke dalam syurga..
Ini untungnya jika kita melakukan dOsa selain dOsa syirik..
*Jikalau kita sudah mensyirikkan ALLAH,kita haruslah bertaubat..
syarat taubat ada 3 iaitu MENYESAL,MENINGGALI dan TIDAK AKAN MENGULANGINYA lagi..
kita bOleh bertaubat jika terkena syirik jali kerana semua Orang islam tahu akan syirik ini.. mereka masih bOleh menegur dan menasihati jika ternampak kita melakukan syirik ini..
Tetapi bagaimana dengan syirik khafi,syirik halus yang tidak bOleh dilihat!!? bOlehkah kita menyesal sedangkan kita tidak tahu kita telah mensyirikkan ALLAH..apa lagi mahu meninggalkan dan tidak akan mengulanginya lagi..
Maka sampai mati kita kena syirik dan kekallah kita di dalam neraka..
*Kita sentiasa berada di dalam syirik,walaupun ketika melakukan amal ibadat.. Alhamdulillah untungnya Orang yang belajar ilmu fardhu ain ialah mereka masih lagi boleh bertaubat kerana mereka tahu sekiranya mereka terkena syirik khafi…
*jadi,marilah kita belajar ilmu fardhu ain..
Sabda Rasulullah “ilmu fardhu ain wajib dituntut Oleh laki-laki dan perempuan muslim yang sudah sampai umur (baligh)”.. malah haram hukumnya menuntut fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain.
Yang dikatakan ilmu fardhu ain ialah:-
1-USULUDDIN (cara2 untuk makhrifat akan ALLAH)
>Wajib belajar sekurang-kurangnya lepas dari syirik.
2-FEKAH (cara2 untuk beramal)
>Wajib belajar sekurang-kurangnya sampai bOleh buat amal.
3-TASAWUF (cara2 untuk mengesahkan amal)
>Wajib belajar sekurang-kurangnya sampai bOleh buang riyak,ujud,sum’ah,takbur dan perkara2 yang dicela syarak..
Ketiga2 ilmu ini wajib diketahui,barulah sempurna amal ibadat.. dengan kata lain kalau satu daripadanya tidak diketahui,maka tidak sempurna amal ibadat..
Sabda Rasulullah kepada Orang tidak menyempurnakan ilmu fardhu ain “tidak sekali2 diterima amal ibadatnya walaupun menunaikan haji di Mekah”..
*”Siapa yang menjaga dan memelihara sOlatnya,menjadilah ia cahaya,meneranginya dan kemenangan di hari kiamat.Dan siapa yang tidak menjaga sOlatnya ia tidak mempunyai cahaya,tidak diterangi dan tiada kemenangan.Dan dia akan dihimpunkan bersama Qarun,Firaun,Hamman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat” (hadis riwayat Ahmad,Thabrani dan Ibnu Hibban)..
“sOlat umpama tiang agama,jika runtuh tiang itu,runtuhlah agama seseOrang”.. (sabda Rasulullah)..
Tetapi apakah dikatakan ISLAM seseOrang itu jika tidak menyempurnakan rukun islam yang kedua ini..!!??
*Bagaimana pula dengan rukun islam yang pertama iaitu dua kalimah syahadah..
di dalamnya terdapat dua perjanjian mengandungi NAFI dan ISBAT..
Sabda Rasulullah “siapa yang menceraikan Nafi dan Isbat,hukumnya KAFIR”.. itu sekiranya menceraikan antara nafi dan isbat,bagaimana pula jika kita tidak tahu apa itu nafi dan isbat?? Adakah 4 KALI GANDA KAFIR!!??hanya ALLAH yang tahu..
Apakah islam kita hanya islam keturunan,hanya islam yang nampak dari luaran tetapi hakikatnya kafir semata2 disisi ALLAH.. nauzubillah,,
*Sejauh manakah kita mengenal ALLAH TAALA..??
Adakah kita mengenali hanya sekadar NAMA yang diagung-agungkan??
>Tidakkah kamu tahu bahawa Orang2 yahudi dan nasrani juga percaya tentang kewujudan ALLAH,malah mereka juga mengakui kebesaran ALLAH,mereka juga mengkaji Al-Quran dan hadis2.. ada diantara mereka digelar Ahlul Kitab..
>Yang tiada pada mereka hanyalah kalimah “Laa illaha illallah, Muhammadar Rasulullah” yang sempurna/lengkap..






diambil dari pesan friendster...
ditulis oleh muhammad_islam

0 comments: